Loading...
Judul : Hishamuddin Ajak Ahli Melangkah Ke Hadapan, Insafi Kesilapan Lalu
link : Hishamuddin Ajak Ahli Melangkah Ke Hadapan, Insafi Kesilapan Lalu
Hishamuddin Ajak Ahli Melangkah Ke Hadapan, Insafi Kesilapan Lalu
Malah beliau turut menyeru supaya semua ahli tidak sesekali mengalah dan menyerah dan mahu mereka bertekad untuk bangkit demi memulihkan parti.
“Kita harus gunakan segenap ruang dan peluang bermula dengan perkara paling asas iaitu pergerakan di peringkat akar umbi.
“Mesyuarat di peringkat cawangan akan bermula tidak lama lagi dan inilah peluang terbaik kita untuk memperbetulkan tekad perjuangan kita.
“Yang lebih penting, mesyuarat tersebut bukanlah tempat untuk kita berhentakkan, menuding jari dan bergaduh sesama sendiri. Sebaliknya ia merupakan ruang untuk kita muhasabah dan perbaiki setiap kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri masing-masing,” katanya dalam entri terbaharu akaun Facebooknya yang dimuatnaik sejam lalu.
Dalam pada itu, beliau juga mahu ahli mengambil hikmah disebalik apa yang terjadi supaya UMNO mampu bangkit dengan lebih bermaruah.
“Disebalik dugaan ini, ia juga memberikan kita peluang untuk melihat sendiri wajah sebenar siapa kawan, siapa lawan, siapa musang berbulu ayam.
“Yang kekal bersama, itulah pejuang sebenar yang sudi mengangkat perjuangan ini kembali ke tempat asalnya.
“Selagi saya masih bernafas dan waras, saya akan mengerah seluruh kudrat dan kemampuan yang saya ada untuk membantu parti kita ini kembali ke landasan perjuangannya yang sebenar,” luahnya. #sumber
Demikianlah Artikel Hishamuddin Ajak Ahli Melangkah Ke Hadapan, Insafi Kesilapan Lalu
Sekianlah artikel Hishamuddin Ajak Ahli Melangkah Ke Hadapan, Insafi Kesilapan Lalu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hishamuddin Ajak Ahli Melangkah Ke Hadapan, Insafi Kesilapan Lalu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/hishamuddin-ajak-ahli-melangkah-ke.html
0 Response to "Hishamuddin Ajak Ahli Melangkah Ke Hadapan, Insafi Kesilapan Lalu"
Catat Ulasan