Loading...
Judul : NUTP: 'Tun Dr Mahathir' Di Yakini Perbaiki Kepincangan Pendidikan Negara
link : NUTP: 'Tun Dr Mahathir' Di Yakini Perbaiki Kepincangan Pendidikan Negara
NUTP: 'Tun Dr Mahathir' Di Yakini Perbaiki Kepincangan Pendidikan Negara
KUALA LUMPUR: Perlantikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Menteri Pendidikan Malaysia disambut baik oleh semua pihak.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Harry Tan Huat Hock, menegaskan yang masalah dalam sistem pendidikan negara hari ini memerlukan seseorang yang mampu menerajui hala tujunya dan memastikan perkara berkaitan dapat diselesaikan demi masa depan anak muda Malaysia.
"Antara isu berbangkit termasuklah pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang tidak mempunyai dasar dan hala tuju, selain beberapa perkara seperti wujudnya birokrasi pentadbiran dan kekurangan guru bahasa Inggeris yang tidak ditangani di bahagian pendidikan.
"Penutupan Institut Pendidikan Guru (IPG) menimbulkan tidak puas hati dalam kalangan pendidik, lantikan guru agama hanya diberi secara kontrak dan tiada pengambilan ganti ketika guru cuti bersalin atau sakit boleh menjejaskan prestasi murid," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Huat Hock berkata, Kementerian Pendidikan perlu memberi perhatian serius ke atas Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) selepas berlakunya kes kematian membabitkan seorang murid perempuan disebabkan bilah pisau pemotong rumput di sebuah sekolah di Negeri Sembilan.
Katanya, NUTP berharap aktiviti pekerjaan dan kesihatan dikaji dari pelbagai aspek keselamatan di sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan.
Beliau turut mengulas isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dipolitikkan sehingga wujudnya Program Dual Language Program (DLP).
Katanya, NUTP mengalu-alukan usaha menambah baik DLP dengan mewujudkan Program DLP+ yang mana kertas kerjanya sudah pun tersedia bagi meneruskan kelangsungan PPSMI.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM), Sabuddin Sani berkata, Kementerian Pendidikan perlu menambah pendekatan kepada Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PNP) yang dijalankan di dalam kelas.
"Penyampaian di dalam kelas perlu dipertingkatkan seiring dengan kewujudan teknologi moden hari ini malah di beberapa sekolah, kaedah penyampaian dalam bilik darjah sudah menggunakan peralatan moden teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
"Kita seharusnya mempertingkatkan aspek di dalam kelas secara menyeluruh sesuai dengan teknologi yang sudah membangun seiring negara lain seperti Korea, Jepun dan Singapura," katanya.
Beliau berkata, pendidikan berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) adalah langkah tepat Kementerian Pendidikan yang menjadi hala tuju pelajar di masa depan.
"Jika diteliti, pelan pendidikan negara sudah pun lengkap dan diperbaiki dari segi kemudahan asas seperti Internet, komputer riba dan komputer meja untuk keperluan guru sekolah.
"Seiring Revolusi Perindustrian 4.0, penekanan perlu diberi kepada subjek berkaitan kejuruteraan, teknologi dan teknikal.
"MPSM menyokong penuh falsafah dan misi Kementerian namun perlu ditambah baik secara keseluruhan," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel NUTP: 'Tun Dr Mahathir' Di Yakini Perbaiki Kepincangan Pendidikan Negara
Sekianlah artikel NUTP: 'Tun Dr Mahathir' Di Yakini Perbaiki Kepincangan Pendidikan Negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel NUTP: 'Tun Dr Mahathir' Di Yakini Perbaiki Kepincangan Pendidikan Negara dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/nutp-tun-dr-mahathir-di-yakini-perbaiki.html
0 Response to "NUTP: 'Tun Dr Mahathir' Di Yakini Perbaiki Kepincangan Pendidikan Negara"
Catat Ulasan