Loading...

Rafizi: Saya Tidak Berhasrat Untuk Menfailkan Saman Balas Terhadap LTAT

Loading...
Rafizi: Saya Tidak Berhasrat Untuk Menfailkan Saman Balas Terhadap LTAT - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rafizi: Saya Tidak Berhasrat Untuk Menfailkan Saman Balas Terhadap LTAT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rafizi: Saya Tidak Berhasrat Untuk Menfailkan Saman Balas Terhadap LTAT
link : Rafizi: Saya Tidak Berhasrat Untuk Menfailkan Saman Balas Terhadap LTAT

Baca juga


Rafizi: Saya Tidak Berhasrat Untuk Menfailkan Saman Balas Terhadap LTAT


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak berhasrat memfailkan saman balas terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang menarik balik saman fitnah terhadapnya semalam, berhubung isu bayaran gratuiti pesara tentera.

Beliau menegaskan perkara itu menerusi Twitternya hari ini sebagai membalas pertanyaan seorang netizen dikenali sebagai Muaz berhubung kemungkinan akan mengemukakan saman balas terhadap LTAT.

"Tidak. Kita semua perlu meneruskan kehidupan. Jangan ada dendam, jangan biarkan kesakitan lalu menghantui kita di masa depan.

"Jika kita menjadi mangsa pada masa lalu, ia seharusnya mengajar kita untuk tidak melakukan perkara sama kepada orang lain kerana kita tahu bagaimana rasanya," katanya.

Media hari ini melaporkan LTAT menarik balik saman fitnahnya terhadap Rafizi berhubung dakwaan bayaran gratuiti pesara tentera lewat.

Peguam Saiful Izham Ramli yang mewakili Rafizi dipetik berkata, kedua-dua pihak di dalam kes itu bersetuju merekodkan persetujuan tanpa sebarang perintah berhubung kos dan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula saman itu.

Beliau juga mengesahkan bahawa persetujuan itu direkodkan semalam di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim.

Peguam Izzat Othman dan Ahmad Syateer Izzat hadir mewakili LTAT.

LTAT (plaintif) memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi pada 6 Mei 2016, mendakwa beliau ada mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap mereka dalam kenyataan bertajuk 'Bayaran Gratuiti Pesara Angkatan Tentera Lewat: LTAT Perlu Dedahkan Risiko Kewangan Akibat 1MDB pada 21 Mac 2016'.

Plaintif juga mendakwa, Rafizi ada mengeluarkan kenyataan melalui laman web Malaysiakini yang bertajuk 'Rafizi: I have the document showing LTAT's link to 1MDB' dan mengulangi tuduhan sama di laman Facebooknya bertajuk 'Laporan Ketua Audit Negara Ke Atas 1MDB Mengesahkan 1MDB Kesan Masalah Kewangan 1MDB Ke Atas LTAT', pada 28 Mac 2016. #sumber


Demikianlah Artikel Rafizi: Saya Tidak Berhasrat Untuk Menfailkan Saman Balas Terhadap LTAT

Sekianlah artikel Rafizi: Saya Tidak Berhasrat Untuk Menfailkan Saman Balas Terhadap LTAT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rafizi: Saya Tidak Berhasrat Untuk Menfailkan Saman Balas Terhadap LTAT dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/rafizi-saya-tidak-berhasrat-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Rafizi: Saya Tidak Berhasrat Untuk Menfailkan Saman Balas Terhadap LTAT"

Catat Ulasan

Loading...