Loading...

Hj Hadi: Sumbangan Rakyat Perlu Untuk 'Bina' Negara Berkebajikan

Loading...
Hj Hadi: Sumbangan Rakyat Perlu Untuk 'Bina' Negara Berkebajikan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hj Hadi: Sumbangan Rakyat Perlu Untuk 'Bina' Negara Berkebajikan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hj Hadi: Sumbangan Rakyat Perlu Untuk 'Bina' Negara Berkebajikan
link : Hj Hadi: Sumbangan Rakyat Perlu Untuk 'Bina' Negara Berkebajikan

Baca juga


Hj Hadi: Sumbangan Rakyat Perlu Untuk 'Bina' Negara Berkebajikan


KUALA TERENGGANU: Rakyat perlu bersama-sama menyumbang kepada negeri jika ingin memastikan konsep negara berkebajikan mengikut acuan Islam berjaya mencapai matlamatnya, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata rakyat perlu meletakkan kepentingan agama melebihi kepentingan diri dengan membenarkan kerajaan melaksanakan dahulu pentadbiran mengikut ajaran Islam sebelum bertindak meminta apa- apa sahaja demi memenuhi kehendak dan kepentingan peribadi masing- masing.

"Yang penting ialah melaksanakan hukum Allah dahulu. Jangan pula bila dah menang kena dengar permohonan aku (rakyat) nak mintak tanah, nak itu nak minta ini. Inilah perangai orang Yahudi yang di zaman dahulu terhadap rasul dan nabi yang menyeru ke jalan Allah. Mereka bukan nak menegakkan agama Allah tetapi berjuang untuk kepentingan diri sendiri."

"Dalam negara berkebajikan, Islam menggalakkan rakyatnya membuat kebajikan, bukan tunggu sahaja negara buat kebajikan. Kita tengok zaman dahulu, semangat umat Islam bina masjid pakat guna duit sendiri kerana nakkan pahala dengan titik peluh mereka," katanya ketika menyampaikan kuliah di Masjid Rusila, hari ini.

Tambahnya, memang tidak dinafikan kerajaan bertanggungjawab untuk buat kebajikan tetapi ia jadi lebih sempurna jika semua pihak memainkan peranan.

Dalam pada itu, Abdul Hadi juga mengingatkan umat Islam di negara ini supaya lebih peka terhadap masalah umat Islam di seluruh dunia yang sedang menderita akibat kekejaman sesetengah orang kafir seperti di Palestin, Rohingya dan lain- lain dengan cuba membantu sama ada melalui doa mahupun wang ringgit. #sumber


Demikianlah Artikel Hj Hadi: Sumbangan Rakyat Perlu Untuk 'Bina' Negara Berkebajikan

Sekianlah artikel Hj Hadi: Sumbangan Rakyat Perlu Untuk 'Bina' Negara Berkebajikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hj Hadi: Sumbangan Rakyat Perlu Untuk 'Bina' Negara Berkebajikan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/hj-hadi-sumbangan-rakyat-perlu-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Hj Hadi: Sumbangan Rakyat Perlu Untuk 'Bina' Negara Berkebajikan"

Catat Ulasan

Loading...