Loading...
Judul : Keluarga Tok Guru Nik Aziz Larang Nik Omar Jadi Imam Di Masjid Tok Guru
link : Keluarga Tok Guru Nik Aziz Larang Nik Omar Jadi Imam Di Masjid Tok Guru
Keluarga Tok Guru Nik Aziz Larang Nik Omar Jadi Imam Di Masjid Tok Guru
KOTA BHARU: Keluarga Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikatakan melarang Nik Omar, anak kedua bekas Menteri Besar itu menjadi imam dan menyampaikan kuliah di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka berkuat kuasa hari ini.
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Nik Omar ketika menyampaikan kuliah pagi Jumaat di hadapan kira-kira 100 hadirin di Wisma Tok Guru, Salor yang juga merupakan markas PAN Kelantan, di sini pagi ini.
Katanya, mengikut jadual penggiliran tidak rasmi dibuat bersama adik beradik, beliau sepatutnya menjadi imam pada waktu-waktu tertentu dan pagi Jumaat merupakan gilirannya menjadi imam serta menyampaikan kuliah Subuh.
“Cuma subuh tadi, adik ambo Ustaz Nik Abduh, naik jadi imam dan terus beri kuliah. Selepas itu dia bersalam, dan ambo cuma kata, tak apa ke bersalam, tak najis ke ambo ni?
“Dia kata ini keputusan keluarga, ambo tidak dibenarkan jadi imam dan bagi kuliah di situ lagi,” katanya.
Menurut Nik Omar, larangan itu boleh dianggap sebagai harga yang perlu dibayar kerana membuat keputusan menyertai Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Bagaimanapun, beliau menegaskan sudah membuat keputusan muktamad dan tidak akan sekali-kali berpatah balik.
“Insya-Allah ambo sebut, kalau sudah pergi, tidak undur ke belakang,” katanya.
Nik Omar yang kelihatan sedih hanya bercakap 10 minit dalam kuliah tersebut dengan alasan beliau ‘letih’. #sumber
Demikianlah Artikel Keluarga Tok Guru Nik Aziz Larang Nik Omar Jadi Imam Di Masjid Tok Guru
Sekianlah artikel Keluarga Tok Guru Nik Aziz Larang Nik Omar Jadi Imam Di Masjid Tok Guru kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Keluarga Tok Guru Nik Aziz Larang Nik Omar Jadi Imam Di Masjid Tok Guru dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/keluarga-tok-guru-nik-aziz-larang-nik.html
0 Response to "Keluarga Tok Guru Nik Aziz Larang Nik Omar Jadi Imam Di Masjid Tok Guru"
Catat Ulasan