Loading...

Kerajaan Tubuh Tabung Harapan Malaysia, Terima Derma Rakyat !

Loading...
Kerajaan Tubuh Tabung Harapan Malaysia, Terima Derma Rakyat ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Tubuh Tabung Harapan Malaysia, Terima Derma Rakyat !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Tubuh Tabung Harapan Malaysia, Terima Derma Rakyat !
link : Kerajaan Tubuh Tabung Harapan Malaysia, Terima Derma Rakyat !

Baca juga


Kerajaan Tubuh Tabung Harapan Malaysia, Terima Derma Rakyat !


PUTRAJAYA: Kerajaan akan menubuhkan Tabung Harapan Malaysia untuk menerima derma rakyat bagi mengukuhkan kewangan kerajaan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata penubuhan tabung itu adalah bagi memastikan derma rakyat Malaysia yang patriotik akan sampai kepada Kementerian Kewangan.

"Terdapat ramai rakyat Malaysia apabila tahu kedudukan kewangan negara yang buruk, mereka sanggup memberi derma kepada kerajaan."

"Kita mengalu-alukan sikap patriotik mereka dan mengucapkan terima kasih," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Perdana Putra, di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata nombor akaun sumbangan itu akan diumumkan dalam sedikit masa lagi.

Pengumuman mengenai hutang negara yang berjumlah RM1 trilion telah mendapat perhatian rakyat Malaysia baru-baru ini dengan ramai antara mereka menyatakan kesediaan untuk menderma kepada kerajaan bagi mengurangkan hutang tersebut di media sosial.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengumumkan "Sayangi Malaysiaku" sebagai tema Hari Kebangsaan bagi tahun ini.

Mengenai Program PERMATA, Dr Mahathir berkata ia akan dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) ke Kementerian Pendidikan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini berkata PERMATA akan diteruskan memandangkan ia program yang baik dalam membantu meningkatkan pembangunan dan kebajikan kanak-kanak tetapi ia perlu dikaji dan diaudit terlebih dahulu.

Ditanya mengenai desas-desus Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan dibubarkan, Dr Mahathir berkata kedudukan jabatan itu masih belum dibincangkan di peringkat kabinet.

Bagaimanapun, katanya satu kumpulan ulama dan individu berpengetahuan dalam agama Islam akan membincangkan peranan Jakim di negara ini.

"Sama ada Jakim akan dikekalkan seperti sekarang ataupun tujuan asalnya akan dihidupkan semula," katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga mahu memastikan Islam tidak digambarkan sebagai agama yang zalim, keras dan tidak bertimbang rasa.

"Itu bukan Islam dan banyak larangan yang ada dalam Islam tidak diamalkan oleh kita, sebaliknya kita fikir cara lain yang tidak datang dari agama Islam untuk menunjukkan Islam agama yang cukup keras dalam pelaksanaannya."

"Dengan perkataan lain, kita lebih suka memaksa sedangkan ajaran al-Quran kata tiada paksaan dalam Islam," katanya. 

Mengenai status Biro Tata Negara (BTN), Dr Mahathir berkata ia juga sedang dalam kajian.

Ditanya mengenai cadangan Hindraf 2.0 supaya Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan Bumiputera, Dr Mahathir berkata ia tidak dibincangkan dalam mesyuarat kabinet tersebut.

Mengulas gesaan Bersih 2.0 supaya Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dan ahli SPR meletak jawatan, Perdana Menteri berkata kerajaan akan meneliti terlebih dahulu beberapa laporan yang diterima mengenai salah laku dalam pengurusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Selepas kajian itu selesai barulah kita fikirkan apa tindakan yang perlu diambil terhadap beliau (Pengerusi SPR)," kata Dr Mahathir. #sumber


Demikianlah Artikel Kerajaan Tubuh Tabung Harapan Malaysia, Terima Derma Rakyat !

Sekianlah artikel Kerajaan Tubuh Tabung Harapan Malaysia, Terima Derma Rakyat ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Tubuh Tabung Harapan Malaysia, Terima Derma Rakyat ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/kerajaan-tubuh-tabung-harapan-malaysia.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan Tubuh Tabung Harapan Malaysia, Terima Derma Rakyat !"

Catat Ulasan

Loading...