Loading...

MH370: Kerajaan Pertimbangkan Sambung Pencarian Jika Ada Bukti Baharu

Loading...
MH370: Kerajaan Pertimbangkan Sambung Pencarian Jika Ada Bukti Baharu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MH370: Kerajaan Pertimbangkan Sambung Pencarian Jika Ada Bukti Baharu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MH370: Kerajaan Pertimbangkan Sambung Pencarian Jika Ada Bukti Baharu
link : MH370: Kerajaan Pertimbangkan Sambung Pencarian Jika Ada Bukti Baharu

Baca juga


MH370: Kerajaan Pertimbangkan Sambung Pencarian Jika Ada Bukti Baharu


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kerajaan akan menimbang menyambung semula usaha mencari pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 apabila terdapat maklumat baharu tentang pesawat yang hilang itu.

Katanya usaha mencari pesawat itu terpaksa dihentikan kerana tiada sebarang bukti ditemukan, walaupun program mencarinya dilancarkan di seluruh dunia.

"Kami sudah melaksanakan program mencari secara besar-besaran. Tapi, kami belum menemukan sebarang bukti. Jadi, kami sampai ke suatu peringkat di mana kami tidak boleh terus mencari sesuatu yang kami tak akan temui."

"Kalau ada pihak mempunyai maklumat, kami akan menimbang untuk menyambung semula usaha mencarinya, tapi buat masa ini, kami perlu menghentikan usaha itu."

"Kami amat kesal sekali. Kami memahami perasaan keluarga dan saudara-mara mereka yang terlibat, tetapi kami tidak boleh terus mencari MH370 ini untuk selama-lamanya," kata beliau pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Pesawat MH370 bersama-sama 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Pada Januari tahun ini, Malaysia menandatangani perjanjian dengan Ocean Infinity, syarikat teknologi berpangkalan di Amerika Syarikat yang mempunyai kepakaran dalam mengumbul data dasar laut resolusi tinggi, untuk memulakan usaha baharu mencari pesawat berkenaan.

Usaha mencari di kawasan utama di selatan Lautan Hindi itu dibuat berasaskan 'no cure, no fee,' yang bermakna bayaran hanya dibuat sekiranya serpihan daripada pesawat yang hilang itu ditemukan dan disahkan pihak ketiga.

Semalam, Ocean Infinity mengesahkan usahanya mencari bangkai pesawat MH370 dihentikan.

Menyentuh tentang Pulau Batu Putih (dikenali sebagai Pedra Branca oleh Singapura) , Dr Mahathir berkata Malaysia akan menimbang semula untuk mencabar keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tentang kes itu.

ICJ memutuskan kedaulatan Pulau Batu Putih menjadi milik Singapura setelah kedua-dua negara membawa tuntutan mereka terhadap pulau kecil itu kepadanya.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata kerajaan merancang untuk meluaskan Batuan Tengah (Middle Rocks) dan membangunkannya untuk menjadi sebuah pulau kecil.

"Mereka (ICJ) serah Batuan Tengah kepada kami. Kami sudah bina sebuah struktur di situ. Kami berhasrat untuk memperbesarkannya supaya kami boleh membentuk sebuah pulau kecil untuk kami...tapi kami belum buat sebarang keputusan lagi," kata beliau. #sumber


Demikianlah Artikel MH370: Kerajaan Pertimbangkan Sambung Pencarian Jika Ada Bukti Baharu

Sekianlah artikel MH370: Kerajaan Pertimbangkan Sambung Pencarian Jika Ada Bukti Baharu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MH370: Kerajaan Pertimbangkan Sambung Pencarian Jika Ada Bukti Baharu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/mh370-kerajaan-pertimbangkan-sambung.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MH370: Kerajaan Pertimbangkan Sambung Pencarian Jika Ada Bukti Baharu"

Catat Ulasan

Loading...