Loading...

Pakatan Akan Laksana Semua Janji, Bukan Boleh Di Buat Serentak

Loading...
Pakatan Akan Laksana Semua Janji, Bukan Boleh Di Buat Serentak - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pakatan Akan Laksana Semua Janji, Bukan Boleh Di Buat Serentak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pakatan Akan Laksana Semua Janji, Bukan Boleh Di Buat Serentak
link : Pakatan Akan Laksana Semua Janji, Bukan Boleh Di Buat Serentak

Baca juga


Pakatan Akan Laksana Semua Janji, Bukan Boleh Di Buat Serentak


SHAH ALAM: Pakatan Harapan akan melaksanakan semua janji kepada rakyat termasuk manifesto kepada golongan wanita, namun ia bukanlah semudah yang disangka.

Penolong Setiausaha Wanita Pakatan Harapan, Norainie Haziqah Rafii berkata, rakyat harus memberi peluang kepada kerajaan baharu terlebih dahulu sebelum semua janji dapat dilaksanakan.

“Setiap agenda yang diangkat ini, akan dilaksanakan sebaik mungkin. Ia akan dilakukan secara berperingkat.

"Apa yang boleh dikatakan, manifesto pertama untuk wanita iaitu pemberian caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada suri rumah akan dilaksanakan sesegera mungkin," katanya.

Dengan tajuk Wanita selepas Pasca PRU14, Norainie Haziqah berkata, wanita akan diberikan tempat terbaik tidak hanya di sektor kerajaan, malah swasta.

"Sebelum adanya iltizam, wanita Harapan sudah duduk semeja, yang mana kita dah duduk semeja, agenda wanita Malaysia dah dilancar pada 2017.

"Agenda wanita Malaysia merangkumi kelayakan, diangkat iltizam ini di bawah Pakatan Harapan," ujarnya.

Jelasnya, rangkuman agenda-agenda wanita dalam manifesto akan jadi nadi perjuangan di peringkat akar umbi.

"Kita yakin dengan senarai kabinet yang mana timbalan perdana menteri juga seorang wanita, perkara ini akan menjadi keutamaan dan dapat direalisasikan.

"Tambahan, mereka yang menang dalam PRU14 lalu, sebagai akar umbi kami akan pastikan mereka membuat kerja dalam meletakkan wanita sekurang-kurangnya 30 peratus dalam kerajaan, swasta mahupun bidang-bidang lain," jelasnya.

Norainie Haziqah berkata, melihat politik sebagai platform, swasta pun satu platform. Wanita Harapan akan memastikan undang-undang dan polisi yang baik.

“Ia adalah janji Pakatan Harapan kepada rakyat, dan martabat wanita perlu diangkat.

"Ini bukan sahaja retorik. ia akan dibuat secara berperingkat. Kami berharap akan lebih ramai wanita muda, bersama-sama kami membina negara, dalam masa lima tahun ini akan ada perubahan yang baik," katanya.

Jelasnya, semua ini mampu dibuat memandangkan rekod mentadbir di Pulau Pinang dan Selangor menjadi tanda aras terhadap kejayaan Harapan. #sumber


Demikianlah Artikel Pakatan Akan Laksana Semua Janji, Bukan Boleh Di Buat Serentak

Sekianlah artikel Pakatan Akan Laksana Semua Janji, Bukan Boleh Di Buat Serentak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pakatan Akan Laksana Semua Janji, Bukan Boleh Di Buat Serentak dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/pakatan-akan-laksana-semua-janji-bukan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pakatan Akan Laksana Semua Janji, Bukan Boleh Di Buat Serentak"

Catat Ulasan

Loading...