Loading...
Judul : Tuan Ibrahim: PAS Mahu "Projek" RMK11 Di Teruskan Demi Rakyat
link : Tuan Ibrahim: PAS Mahu "Projek" RMK11 Di Teruskan Demi Rakyat
Tuan Ibrahim: PAS Mahu "Projek" RMK11 Di Teruskan Demi Rakyat
SHAH ALAM: Projek-projek yang sedang berjalan dan telah diluluskan melalui Rancangan Malaysia ke 11 (RMK11) perlu diteruskan sehingga selesai untuk faedah rakyat.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini termasuklah projek Lebuh Raya Pantai Timur 3 (LPT3), Pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, lebuh raya jajaran tengah (Central Spine Road) dan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
"Projek-projek berkenaan tidak harus dibatalkan tetapi dirunding semula kos dan perjanjiannya agar menepati piawaian kewangan yang sihat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, Pas menyambut baik kesediaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meneruskan pemberian royalti minyak sebanyak 20 peratus seperti yang diperkatakan dalam kenyataan terbaharu.
"Dengan kesediaan Mahathir ini, Pas berharap amalan politik balas dendam sebagaimana yang diamalkan oleh kerajaan BN lalu tidak lagi diikuti.
"Sebagai parti yang beramal dengan sistem demokrasi dan menghormati konsep federalisme, Pas berlapang dada walaupun pernah perit dihukum dengan penarikan bayaran royalti dahulu," katanya.
Projek ECRL salah satu projek di bawah RMK11 yang Pas anggap tidak harus dibatalkan.
Beliau berkata, kesediaan Mahathir itu juga memungkinkan bermulanya era baharu dalam budaya politik secara matang meneruskan momentum menjadikan negara ini sebagai sebuah negara demokrasi contoh.
Menurutnya, pihaknya juga menaruh harapan agar semua peruntukan-peruntukan perkapita lain yang layak diterima oleh negeri-negeri dapat disalurkan tanpa apa-apa sekatan, sebagimana termaktub di dalam Perlembagaan.
"Amalan yang menghormati konsep demokrasi dan federalisme adalah amat penting bagi melicinkan pentadbiran kerajaan negeri-negeri yang telah dipilih secara demokratik oleh rakyat.
"Pilihan rakyat haruslah dihormati. Oleh itu penyaluran semua peruntukan di atas haruslah mengikut sistem dan undang-undang sedia ada iaitu terus kepada kerajaan negeri masing-masing dan tidak lagi melalui pihak ketiga yang dibentuk khusus seperti Jabatan Pembangunan Persekutuan, atau pihak-pihak lain di luar pentadbiran negeri seperti di zaman BN," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Tuan Ibrahim: PAS Mahu "Projek" RMK11 Di Teruskan Demi Rakyat
Sekianlah artikel Tuan Ibrahim: PAS Mahu "Projek" RMK11 Di Teruskan Demi Rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tuan Ibrahim: PAS Mahu "Projek" RMK11 Di Teruskan Demi Rakyat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/tuan-ibrahim-pas-mahu-projek-rmk11-di.html
0 Response to "Tuan Ibrahim: PAS Mahu "Projek" RMK11 Di Teruskan Demi Rakyat"
Catat Ulasan