Loading...
Judul : Politik UMNO & BN Tidak Relevan Dalam "Landskap Politik Baharu"
link : Politik UMNO & BN Tidak Relevan Dalam "Landskap Politik Baharu"
Politik UMNO & BN Tidak Relevan Dalam "Landskap Politik Baharu"
KUALA LUMPUR: Politik yang diamalkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sejak lebih 70 tahun lamanya sudah tidak relevan di dalam landskap politik baharu kerana acuannya bersifat pengelasan kaum, kata Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan (PH) Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata konsep politik UMNO yang melaungkan pembelaan nasib bangsa terutamanya Melayu, tidak lagi mendapat tempat di hati masyarakat dan ia telah secara jelas dibuktikan menerusi keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lepas.
"Kekalahan teruk BN yang membawa kepada sejarah peralihan kuasa negara pada PRU14 itu merupakan indikator yang cukup terang menterjemahkan penolakan rakyat terhadap perjuangan politik perkauman.
"Dalam PRU14, daripada 222 kawasan Parlimen dipertandingkan, 83 daripadanya adalah kerusi yang bercampur etnik, 73 daripada 83 kerusi itu dimenangi oleh PH. Maknanya majoriti rakyat memilih untuk mengundi kerusi yang bersifat rentas kaum," katanya kepada Bernama selepas wawancara khas di Bernama Radio bertajuk Politik Baharu 2.0 Demokrasi Malaysia Berbilang Kaum.
Saifuddin berkata majoriti rakyat kini lebih terbuka mahukan pembaharuan di dalam kanvas politik majmuk yang lebih matang dan moderat sehingga telah berjaya menggunakan kuasa mereka untuk memilih kerajaan. #sumber
Demikianlah Artikel Politik UMNO & BN Tidak Relevan Dalam "Landskap Politik Baharu"
Sekianlah artikel Politik UMNO & BN Tidak Relevan Dalam "Landskap Politik Baharu" kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Politik UMNO & BN Tidak Relevan Dalam "Landskap Politik Baharu" dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/politik-umno-bn-tidak-relevan-dalam.html
0 Response to "Politik UMNO & BN Tidak Relevan Dalam "Landskap Politik Baharu""
Catat Ulasan