Loading...
Judul : Wan Rosdy Akui Beliau Tak Jangka Di Lantik "Menteri Besar Pahang" !
link : Wan Rosdy Akui Beliau Tak Jangka Di Lantik "Menteri Besar Pahang" !
Wan Rosdy Akui Beliau Tak Jangka Di Lantik "Menteri Besar Pahang" !
CAMERON HIGHLANDS: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengakui bahawa beliau tidak pernah menjangka dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ke-15.
'Pengakuan' itu dibuat Wan Rosdy dalam ucapan pertama beliau di hadapan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Majlis Perasmian Masjid, Majlis Berbuka Puasa dan Pengurniaan Sumbangan kepada Golongan yang Memerlukan di Kampung Raja di sini, hari ini.
Wan Rosdy dilantik sebagai menteri besar Pahang pada Majis Pelantikan dan Angkat Sumpah di Istana Abu Bakar, Pekan Selasa lalu menggantikan Datuk Seri Adnan Yaakob yang telah menjawat jawatan itu selama 19 tahun.
"... ini sememangnya tidak diduga dan berita (mengenai pelantikan) itu hanya diketahui patik pada tengah hari Selasa. Ia benar-benar mengejutkan kerana patik hanyalah wakil rakyat biasa sejak tahun 2004 sebelum dilantik sebagai Anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada tahun 2008 hingga 2018.
"Patik menjunjung kasih atas pelantikan ini. Patik sedar betapa dengan jawatan ini datang tanggungjawab besar dan berat di bahu patik, namun seberat mana sekalipun, patik bersyukur dan yakin dapat melaksanakan amanah ini dengan baik dengan tunjuk ajar yang diberikan," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Wan Rosdy Akui Beliau Tak Jangka Di Lantik "Menteri Besar Pahang" !
Sekianlah artikel Wan Rosdy Akui Beliau Tak Jangka Di Lantik "Menteri Besar Pahang" ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wan Rosdy Akui Beliau Tak Jangka Di Lantik "Menteri Besar Pahang" ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/wan-rosdy-akui-beliau-tak-jangka-di.html
0 Response to "Wan Rosdy Akui Beliau Tak Jangka Di Lantik "Menteri Besar Pahang" !"
Catat Ulasan