Loading...
Judul : Sharkar: Seramai 3.5 Juta Anggota UMNO Akan "Tentukan" Presiden Parti
link : Sharkar: Seramai 3.5 Juta Anggota UMNO Akan "Tentukan" Presiden Parti
Sharkar: Seramai 3.5 Juta Anggota UMNO Akan "Tentukan" Presiden Parti
KUANTAN: Badan Perhubungan UMNO Pahang menyerahkan kepada lebih 3.5 juta ahlinya untuk memilih calon yang bertanding jawatan Presiden parti itu.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin, berkata UMNO wajar mengambil pendekatan lebih terbuka jika terdapat calon yang ingin bertanding jawatan nombor satu parti.
"Tiada sekatan untuk mana-mana ahli UMNO untuk bertanding jawatan Presiden parti, sekiranya mereka merasakan layak maka boleh kemukakan pencalonan dan bertanding.
"Namun, terserah kepada kepemimpinan bahagian untuk menentukannya," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Mohd Sharkar juga berkata, UMNO Pahang memberi sokongan penuh terhadap kepemimpinan Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjalankan tugas-tugas presiden di samping Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
"Buat masa ini kita (UMNO Pahang) beri sokongan kepada Datuk Seri Zahid (Ahmad Zahid Hamidi) dan Datuk Seri Hisham (Hishammuddin Hussein) menerajui parti dan menjalankan tugas-tugas pemulihan parti.
"UMNO Pahang sudah mengadakan pertemuan dan bersetuju berdiri teguh di belakang mereka berdua. Soal pemilihan Presiden ia terserah kepada ahli UMNO.
"Kita di peringkat negeri tidak melobi sesiapa," katanya.
Parti keramat orang Melayu itu dijangka mengadakan pemilihan peringkat parti hujung tahun ini selepas kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)
Dalam PRU-14 minggu lalu, UMNO menang 54 kerusi Parlimen namun tidak cukup untuk membentuk kerajaan Persekutuan di bawah parti Barisan Nasional (BN) yang tewas buat kali pertama selepas 61 tahun memerintah kepada Pakatan Harapan (PH).
Mohd Sharkar yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO menyatakan soal pemilihan tampuk kepimpinan bukan boleh dipaksa kerana ia adalah tanggung jawab setiap ahli UMNO untuk menentukannya. #sumber
Demikianlah Artikel Sharkar: Seramai 3.5 Juta Anggota UMNO Akan "Tentukan" Presiden Parti
Sekianlah artikel Sharkar: Seramai 3.5 Juta Anggota UMNO Akan "Tentukan" Presiden Parti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sharkar: Seramai 3.5 Juta Anggota UMNO Akan "Tentukan" Presiden Parti dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/sharkar-seramai-35-juta-anggota-umno.html
0 Response to "Sharkar: Seramai 3.5 Juta Anggota UMNO Akan "Tentukan" Presiden Parti"
Catat Ulasan