Loading...

Zeti: Keputusan Pemansuhan Tol Di Umum Pada Minggu Hadapan

Loading...
Zeti: Keputusan Pemansuhan Tol Di Umum Pada Minggu Hadapan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zeti: Keputusan Pemansuhan Tol Di Umum Pada Minggu Hadapan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zeti: Keputusan Pemansuhan Tol Di Umum Pada Minggu Hadapan
link : Zeti: Keputusan Pemansuhan Tol Di Umum Pada Minggu Hadapan

Baca juga


Zeti: Keputusan Pemansuhan Tol Di Umum Pada Minggu Hadapan


KUALA LUMPUR: Keputusan berhubung pemansuhan kutipan tol akan diumumkan selewat-lewatnya minggu depan.

Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata perkara berkenaan masih dalam proses perbincangan dan akan dimuktamadkan segera seperti yang disenaraikan dalam manifesto kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Ketika ini, ahli majlis sedang mendengar penerangan daripada pelbagai pihak termasuk syarikat konsesi lebuh raya dan pemegang saham.

"Keputusan dijangka akan diterima dalam masa terdekat kerana mereka perlu membawanya kepada ahli majlis minggu depan.

"Di pihak kerajaan dan ahli majlis, kami komited untuk mencari langkah penyelesaian terbaik demi keselesaan rakyat negara ini," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan di ibu negara, hari ini.

Menurut Zeti, pengumuman yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia itu akan diumumkan sendiri oleh ketua Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.

Sementara itu, mesyuarat yang bermula jam 10.30 pagi itu berakhir kira-kira jam 4.30 petang dengan pelbagai isu dibincangkan berkaitan sektor perumahan dan tol.

Turut hadir , Ahli Majlis Penasihat Kerajaan lain iaitu bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican; ahli ekonomi, Jomo Kwame Sundaram; wakil Tan Sri Robert Kuok , Tan Sri Oh Siew Nam serta Daim.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Shahril Ridza Ridzuan dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar.

Sementara itu Shahril berkata, syarikat konsesi lebuh raya dan pemegang saham ketika ini masih dalam perbincangan.

"Ia (pemansuhan kutipan tol) membabitkan jumlah pelaburan yang besar," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Zeti: Keputusan Pemansuhan Tol Di Umum Pada Minggu Hadapan

Sekianlah artikel Zeti: Keputusan Pemansuhan Tol Di Umum Pada Minggu Hadapan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zeti: Keputusan Pemansuhan Tol Di Umum Pada Minggu Hadapan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/zeti-keputusan-pemansuhan-tol-di-umum.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Zeti: Keputusan Pemansuhan Tol Di Umum Pada Minggu Hadapan"

Catat Ulasan

Loading...