Loading...

Syed Danial: Raja-Raja Melayu Beri "Perhatian", Terhadap Kes 1MDB !

Loading...
Syed Danial: Raja-Raja Melayu Beri "Perhatian", Terhadap Kes 1MDB ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Syed Danial: Raja-Raja Melayu Beri "Perhatian", Terhadap Kes 1MDB !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Syed Danial: Raja-Raja Melayu Beri "Perhatian", Terhadap Kes 1MDB !
link : Syed Danial: Raja-Raja Melayu Beri "Perhatian", Terhadap Kes 1MDB !

Baca juga


Syed Danial: Raja-Raja Melayu Beri "Perhatian", Terhadap Kes 1MDB !


KUALA LUMPUR:  Raja-raja Melayu telah memberikan perhatian yang berat berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Merujuk kepada kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull pada sidang media khas hari ini, Syed Danial berkata susulan itu, Raja-raja telah menitahkan satu kenyataan pada 6 Okt 2015 berhubung isu itu.

“Sebenarnya, atas titah Duli Yang Maha Mulia Raja-raja, saya telah mengundang Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Timbalan serta pegawai kanan beliau menghadap baginda sekalian bagi menyembahkan taklimat yang berkaitan.

“Dalam ruang lingkup peranan dan kuasa Raja-raja berlandaskan Perlembagaan, Raja-raja telah menitahkan untuk satu kenyataan, yang menunjukkan bahawa Duli-duli Yang Maha Mulia memberikan perhatian yang berat, dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja (pada 6 Okt 2015),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syed Danial turut melampirkan kenyataan tersebut yang antara lain menyatakan Raja-raja Melayu maklum bahawa kerajaan sedang melakukan siasatan dan menegaskan perlunya pihak kerajaan menyelesaikan secepat mungkin penyiasatan yang sedang berjalan itu.

Kenyataan lebih dua tahun lepas itu turut menyatakan kerajaan hendaklah mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.

Selain itu, kenyataan itu juga menyatakan bahawa Raja-raja Melayu bimbang jika isu itu tidak ditangani dengan bijak serta berlarutan dan memakan masa lama, ia berpotensi menjejaskan keadaan ekonomi negara dan memudaratkan kehidupan rakyat jelata.  

Mohd Shukri hari ini mendakwa beliau dan bekas ketuanya di SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah berjumpa dengan beberapa menteri  kabinet sebelum  ini bagi menyakinkan mereka  untuk mengambil tindakan terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mohd Shukri yang merupakan Timbalan  Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM ketika itu berkata selepas usaha menyakinkan menteri-menteri pada waktu itu tidak mencapai seperti yang dihasratkan, beliau dan Abu Kassim kemudian mengadakan pertemuan dengan Majlis Raja-raja untuk menyakinkan majlis itu supaya mengambil tindakan terhadap Najib, namun hampa. #sumber


Demikianlah Artikel Syed Danial: Raja-Raja Melayu Beri "Perhatian", Terhadap Kes 1MDB !

Sekianlah artikel Syed Danial: Raja-Raja Melayu Beri "Perhatian", Terhadap Kes 1MDB ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Syed Danial: Raja-Raja Melayu Beri "Perhatian", Terhadap Kes 1MDB ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/syed-danial-raja-raja-melayu-beri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Syed Danial: Raja-Raja Melayu Beri "Perhatian", Terhadap Kes 1MDB !"

Catat Ulasan

Loading...