Loading...

Zahid: Jawatan "Presiden" UMNO, "Timbalan" Akan Dipertandingkan

Loading...
Zahid: Jawatan "Presiden" UMNO, "Timbalan" Akan Dipertandingkan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahid: Jawatan "Presiden" UMNO, "Timbalan" Akan Dipertandingkan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid: Jawatan "Presiden" UMNO, "Timbalan" Akan Dipertandingkan
link : Zahid: Jawatan "Presiden" UMNO, "Timbalan" Akan Dipertandingkan

Baca juga


Zahid: Jawatan "Presiden" UMNO, "Timbalan" Akan Dipertandingkan


KUALA LUMPUR: Semua jawatan yang ada mengikut Perlembagaan UMNO terbuka dan bebas untuk dipertandingkan termasuk Presiden, Timbalan, Naib-naib dan ketua sayap pada pemilihan parti akan datang.

Naib Presiden UMNO yang kini menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia sekali gus menyelesaikan persoalan tidak ada pertandingan jawatan tertentu dalam parti yang diperkatakan sebelum ini.

Jelasnya, mana-mana kepimpinan dan ahli UMNO yang berhasrat menawarkan diri di jawatan nasional, bahagian untuk mendaftar di atas talian pada 1 Jun sehingga 5 petang 17 Jun ini.

"Tidak timbul soal tidak ada pertandingan jawatan tertentu dalam UMNO. Saya dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga mahu jawatan ini ditandingi sesiapa sahaja yang berkelayakan.

"Sementara masa bertanding, kami diberi amanah selesaikan isu dan masalah yang kami hadapi sekarang," katanya semasa sidang media selepas mesyuarat bulanan Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak bersetuju jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Beliau berkata budaya itu perlu dihentikan kerana ia dilihat antara penyebab masyarakat hilang kepercayaan terhadap UMNO, selain punca kekalahan pada pilihan raya umum lepas.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini berkata, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) bersetuju untuk memberi tempoh lanjutan masa pemilihan seluruh jawatankuasa termasuk Majlis Tertinggi UMNO dijalankan selewat-lewatnya pada 19 April, 2019.

Jelasnya, RoS bersetuju untuk memberi tempoh lanjutan masa dengan merujuk kepada Fasal 10.16 Perlembagaan Pertubuhan.

Majlis Tertinggi UMNO telah menetapkan tarikh persidangan tahunan Cawangan UMNO dan Pergerakan Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO dimulakan pada 19 Mei 2018 (Sabtu) sehingga 10 Jun (Ahad) 2018.

Mesyuarat UMNO di peringkat bahagian pula ditetapkan pada 30 Jun 2018 (Sabtu) dan kesemua persidangan ini dijalankan secara serentak dengan pemilihan parti di semua peringkat.

Tengku Adnan berkata, UMNO telah menerima kebenaran daripada RoS yang memaklumkan berhubung lanjutan pemilihan itu melalui surat bertarikh 31 Okt 2017. #sumber


Demikianlah Artikel Zahid: Jawatan "Presiden" UMNO, "Timbalan" Akan Dipertandingkan

Sekianlah artikel Zahid: Jawatan "Presiden" UMNO, "Timbalan" Akan Dipertandingkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zahid: Jawatan "Presiden" UMNO, "Timbalan" Akan Dipertandingkan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/zahid-jawatan-presiden-umno-timbalan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Zahid: Jawatan "Presiden" UMNO, "Timbalan" Akan Dipertandingkan"

Catat Ulasan

Loading...