Loading...

Gara-Gara Di Halang Ikuti Jemaah 'Tabligh', Pemuda Maut Kelar Diri Guna Gergaji

Loading...
Gara-Gara Di Halang Ikuti Jemaah 'Tabligh', Pemuda Maut Kelar Diri Guna Gergaji - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gara-Gara Di Halang Ikuti Jemaah 'Tabligh', Pemuda Maut Kelar Diri Guna Gergaji, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gara-Gara Di Halang Ikuti Jemaah 'Tabligh', Pemuda Maut Kelar Diri Guna Gergaji
link : Gara-Gara Di Halang Ikuti Jemaah 'Tabligh', Pemuda Maut Kelar Diri Guna Gergaji

Baca juga


Gara-Gara Di Halang Ikuti Jemaah 'Tabligh', Pemuda Maut Kelar Diri Guna Gergaji


SANDAKAN:  Gara-gara dihalang mengikuti aktiviti Jemaah Tabligh oleh ibu bapanya, seorang pemuda maut selepas dipercayai mengelar dirinya menggunakan sebilah gergaji di Taman Nuri, Batu 7 di sini lewat malam semalam.

Dalam kejadian lebih kurang pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa berusia 19 tahun ditemui bapanya dalam keadaan menyayat hati dan berlumuran darah di bahagian belakang dapur kediaman terbabit.

Hasil pemeriksaan terhadap fizikalnya mendapati mangsa cedera parah pada bahagian leher dan badan akibat dikelar dengan gergaji sepanjang 30 sentimeter.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Hamin berkata, sebelum insiden mangsa dikatakan mengalami kemurungan sejak tiga hari lalu selepas ibu dan bapanya melarang dia mengikuti aktiviti tabligh. 

Dimaklumkan, mangsa merupakan salah seorang anggota Jemaah Tabligh yang aktif di sekitar daerah Sandakan.

"Hasil siasatan awal turut mendapati semalam mangsa telah dibawa ke Lapangan Terbang Sandakan untuk dihantar ke Kuala Lumpur untuk bekerja tetapi mangsa enggan dan terus pulang ke rumah.

"Bagaimanapun, selepas pulang lelaki itu tidak menunjukkan sebarang reaksi dan tidak mahu berbual sehingga dia dijumpai terbaring dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah sambil tangan kirinya masih memegang sebilah gergaji yang terletak pada bahagian dada," katanya.

Tambah Mohd. Azhar, pemeriksaan ke atas tubuh mangsa tidak menemui sebarang kesan luka mahupun pergelutan.

Mangsa seterusnya dihantar ke Unit Forensik, Hospital Duchess of Kent dekat sini untuk proses bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. #sumber


Demikianlah Artikel Gara-Gara Di Halang Ikuti Jemaah 'Tabligh', Pemuda Maut Kelar Diri Guna Gergaji

Sekianlah artikel Gara-Gara Di Halang Ikuti Jemaah 'Tabligh', Pemuda Maut Kelar Diri Guna Gergaji kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gara-Gara Di Halang Ikuti Jemaah 'Tabligh', Pemuda Maut Kelar Diri Guna Gergaji dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/gara-gara-di-halang-ikuti-jemaah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Gara-Gara Di Halang Ikuti Jemaah 'Tabligh', Pemuda Maut Kelar Diri Guna Gergaji"

Catat Ulasan

Loading...