Loading...

Universiti Awam "Bebas Sekatan", Wacana Dan "Dialog Terbuka" Di Benarkan

Loading...
Universiti Awam "Bebas Sekatan", Wacana Dan "Dialog Terbuka" Di Benarkan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Universiti Awam "Bebas Sekatan", Wacana Dan "Dialog Terbuka" Di Benarkan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Universiti Awam "Bebas Sekatan", Wacana Dan "Dialog Terbuka" Di Benarkan
link : Universiti Awam "Bebas Sekatan", Wacana Dan "Dialog Terbuka" Di Benarkan

Baca juga


Universiti Awam "Bebas Sekatan", Wacana Dan "Dialog Terbuka" Di Benarkan


PUTRAJAYA: Tiada lagi sekatan bagi universiti awam  untuk mengadakan sebarang wacana dan dialog secara terbuka selaras dengan hasrat kerajaan baharu untuk menjadikan institusi pengajian tinggi sebagai medan intelektual.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, gesaan itu dikeluarkan oleh beliau sendiri sebagai menteri berkuatkuasa serta-merta tanpa sebarang halangan seperti yang berlaku pada kerajaan terdahulu.

"Sebagai Menteri Pendidikan, saya menggesa Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar supaya tidak melakukan sekatan bagi penganjuran program-program ilmiah, wacana dan dan dialog di universiti.

"Semua perkara yang menghalang termasuk meletakkan palang di pintu masuk utama universiti bagi menghalang kemasukan kenderaan awam juga tidak lagi dibenarkan. Kita mahu univerisiti awam menjadi medan perkongsian intelektual dan setaraf universiti di negara maju seperti Universiti Oxford dan Universiti Cambridge," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu beliau berbuka puasa bersama warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Majlis Iftar KPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 11 (1) di sini hari ini.

Advertisement

Menurut Maszlee, sekiranya ingkar dengan gesaan tersebut pihak universiti mungkin akan berdepan dengan kritikan memandangkan buat masa ini tiada sebarang peruntukan undang-undang dikenakan.

Dalam perkembangan lain, Maszlee berkata, bagi mengatasi permasalahan bebanan beg sekolah berat dalam kalangan pelajar sekolah, beliau berkata kementerian memberi kuasa penuh kepada guru-guru dan pihak sekolah untuk mencari mekanisme terbaik bagi mengatasi perkara tersebut.

"Kementerian akan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi mengkaji dan mencari mekanisme dalam usaha mengurangkan beban beg sekolah anak-anak," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Universiti Awam "Bebas Sekatan", Wacana Dan "Dialog Terbuka" Di Benarkan

Sekianlah artikel Universiti Awam "Bebas Sekatan", Wacana Dan "Dialog Terbuka" Di Benarkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Universiti Awam "Bebas Sekatan", Wacana Dan "Dialog Terbuka" Di Benarkan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/universiti-awam-bebas-sekatan-wacana.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Universiti Awam "Bebas Sekatan", Wacana Dan "Dialog Terbuka" Di Benarkan"

Catat Ulasan

Loading...