Loading...

Ketua Media & Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan, A Kadir Jasin Letak Jawatan

Loading...
Ketua Media & Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan, A Kadir Jasin Letak Jawatan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ketua Media & Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan, A Kadir Jasin Letak Jawatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ketua Media & Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan, A Kadir Jasin Letak Jawatan
link : Ketua Media & Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan, A Kadir Jasin Letak Jawatan

Baca juga


Ketua Media & Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan, A Kadir Jasin Letak Jawatan


KUALA LUMPUR: Datuk A Kadir Jasin hari ini meletak jawatan sebagai Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan berkuatkuasa serta merta.

A Kadir  berkata beliau membuat keputusan itu  demi mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat berkaitan peranannya dalam Majlis tersebut serta pandangan beliau dalam blog dan kolum mingguan di akhbar Sinar Harian.

“Sebagaimana yang saya tegaskan dalam mukadimah blog saya, segala pendapat yang saya zahirkan di dalamnya adalah pendapat saya semata-mata. Saya menulis atas kapasiti sebagai seorang blogger dan tiada kaitan dengan sebarang jawatan yang mungkin saya pegang.

“Bagaimanapun, wartawan dan pihak lain yang memetik pandangan saya terus mengaitkannya dengan kedudukan saya sebagai Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan ,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Justeru bagi mengelak kesipuan kepada Majlis dan percanggahan kepentingan di pihaknya,  A Kadir berkata beliau telah memohon untuk mengundur diri dan keputusan itu telah dipersetujui oleh Pengerusi Majlis itu Tun Daim Zainuddin.

Dalam kenyataan itu beliau turut berterima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan  Daim atas kepercayaan dan keyakinan mereka terhadapnya serta petugas Unit Media dan Komunikasi di atas ketekunan dan kerja kuat mereka.

“Saya akan terus menyumbang bakti kepada tanah air kita yang tercinta ini dan rakyat jelatanya dengan cara terbaik yang saya ketahui, iaitu menerusi mata pena saya. Terima kasih. Semoga ALLAH memberkati,” katanya.

Pada 12 Mei lepas, Dr Mahathir mengumumkan pembentukan Majlis Penasihat Kerajaan yang bertindak menasihati kerajaan mengenai ekonomi dan kewangan ketika proses peralihan kuasa dengan melantik lima pakar terkemuka bagi mengisi jawatan dalam majlis itu.

Mereka adalah bekas Menteri Kewangan Daim; bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas presiden Petronas Tan Sri Hassan Merican; tokoh korporat Tan Sri Robert Kuok dan ahli ekonomi terkemuka negara Prof Dr Jomo Kwame Sundaram.

Selain itu bertindak sebagai sekretariat ialah pakar ekonomi Dr Muhammad Abdul Khalid, manakala tokoh wartawan A Kadir sebagai Ketua Media dan Komunikasi. #sumber


Demikianlah Artikel Ketua Media & Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan, A Kadir Jasin Letak Jawatan

Sekianlah artikel Ketua Media & Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan, A Kadir Jasin Letak Jawatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ketua Media & Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan, A Kadir Jasin Letak Jawatan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/ketua-media-komunikasi-majlis-penasihat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ketua Media & Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan, A Kadir Jasin Letak Jawatan"

Catat Ulasan

Loading...