Loading...

Najib Tawarkan Diri Bagi Pertahan Jawatan "Ketua UMNO" Bahagian Pekan

Loading...
Najib Tawarkan Diri Bagi Pertahan Jawatan "Ketua UMNO" Bahagian Pekan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib Tawarkan Diri Bagi Pertahan Jawatan "Ketua UMNO" Bahagian Pekan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib Tawarkan Diri Bagi Pertahan Jawatan "Ketua UMNO" Bahagian Pekan
link : Najib Tawarkan Diri Bagi Pertahan Jawatan "Ketua UMNO" Bahagian Pekan

Baca juga


Najib Tawarkan Diri Bagi Pertahan Jawatan "Ketua UMNO" Bahagian Pekan


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menawarkan diri mempertahankan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Pekan pada pemilihan parti itu, 30 Jun ini.

"Saya akan terus memimpin UMNO Pekan dan menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Pekan," katanya menerusi catatan di laman Facebook dan Twitter beliau hari ini.

Mesyuarat UMNO di peringkat bahagian ditetapkan pada 30 Jun dan semua persidangan itu dijalankan serentak dengan pemilihan parti di semua peringkat.

Najib yang mengumumkan peletakan jawatannya sebagai presiden UMNO dan pengerusi Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa serta merta pada 12 Mei lepas, pada masa sama menyeru anggota UMNO agar meneruskan perjuangan parti itu.

"Sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) (ketika itu), saya bertanggungjawab atas kekalahan kita dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)," katanya.

Anggota Parlimen Pekan itu turut meminta agar anggota UMNO bangkit dan tidak lagi berada dalam keadaan bersedih.

"Kita mesti ambil iktibar, kuatkan iltizam dan perbaiki kelemahan serta kuatkan UMNO, agar kita dapat kembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO."

"Oleh itu, ahli UMNO hendaklah kuatkan semangat, perkukuhkan ketahanan diri untuk terus menyuburkan dan memulihkan UMNO," katanya.

Sementara itu, Najib kini dalam proses membuka satu pejabat untuk menjalankan urusan peribadi serta memudahkan mereka yang ingin bertemu dengannya.

Beliau juga memaklumkan akan menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Pekan. #sumber


Demikianlah Artikel Najib Tawarkan Diri Bagi Pertahan Jawatan "Ketua UMNO" Bahagian Pekan

Sekianlah artikel Najib Tawarkan Diri Bagi Pertahan Jawatan "Ketua UMNO" Bahagian Pekan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib Tawarkan Diri Bagi Pertahan Jawatan "Ketua UMNO" Bahagian Pekan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/najib-tawarkan-diri-bagi-pertahan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Najib Tawarkan Diri Bagi Pertahan Jawatan "Ketua UMNO" Bahagian Pekan"

Catat Ulasan

Loading...