Loading...
Judul : PAS Pahang "Lapor Polis", Desak Siasat Kadir Jasin & Hishamuddin Rais
link : PAS Pahang "Lapor Polis", Desak Siasat Kadir Jasin & Hishamuddin Rais
PAS Pahang "Lapor Polis", Desak Siasat Kadir Jasin & Hishamuddin Rais
KUANTAN: PAS Pahang menerusi sayap Pemudanya hari ini, membuat laporan polis terhadap Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A. Kadir Jasin serta aktivis sosial Hishamuddin Rais yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Muhammad V.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu berkata, sebanyak 15 laporan polis akan dibuat hari ini di semua Ibu Pejabat Polis Daerah di negeri ini bagi mendesak siasatan dilakukan ke atas mereka yang cuba menjatuhkan imej YDPA dan institusi Raja Melayu.
Katanya, selain Kadir dan Hishamuddin, laporan polis juga dibuat ke atas tiga pengguna Facebook atas akaun milik Eloise Cian, Prem Keshan dan Ahmad Ridzuan Shamsuri yang didakwa menulis komen-komen tidak wajar di laman sosial itu.
"Kita melihat ada trend terhadap segelintir masyarakat yang cuba menjatuhkan dan menghina YDPA serta institusi Raja Melayu yang memerlukan pihak terlibat melakukan tindakan tegas bagi mengelakkannya daripada berterusan.
"Provokasi ini perlu dihentikan segera dan institusi Raja Melayu perlu dilindungi supaya tidak menganggu keharmonian negara. Seharusnya semua rakyat menghormati perlembangaan dan institusi tersebut," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel PAS Pahang "Lapor Polis", Desak Siasat Kadir Jasin & Hishamuddin Rais
Sekianlah artikel PAS Pahang "Lapor Polis", Desak Siasat Kadir Jasin & Hishamuddin Rais kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS Pahang "Lapor Polis", Desak Siasat Kadir Jasin & Hishamuddin Rais dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/pas-pahang-lapor-polis-desak-siasat.html
0 Response to "PAS Pahang "Lapor Polis", Desak Siasat Kadir Jasin & Hishamuddin Rais"
Catat Ulasan