Loading...

Khairy Jamaluddin Umum Tawar Tanding Jawatan Presiden UMNO

Loading...
Khairy Jamaluddin Umum Tawar Tanding Jawatan Presiden UMNO - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khairy Jamaluddin Umum Tawar Tanding Jawatan Presiden UMNO, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khairy Jamaluddin Umum Tawar Tanding Jawatan Presiden UMNO
link : Khairy Jamaluddin Umum Tawar Tanding Jawatan Presiden UMNO

Baca juga


Khairy Jamaluddin Umum Tawar Tanding Jawatan Presiden UMNO


KUALA LUMPUR: Menjelang saat akhir penutupan pencalonan pemilihan UMNO petang ini, Ketua Pergerakan Pemuda parti itu Khairy Jamaluddin melakukan kejutan dengan menawarkan diri bertanding jawatan Presiden.

Khairy membuat pengumuman itu menerusi laman Instagram beliau hari ini dengan memuat naik borang pencalonannya bagi merebut jawatan nombor satu dalam parti itu.

Sebelum ini, Anggota Parlimen Rembau itu menyatakan hanya akan bertanding jawatan Naib Presiden.

"Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Bismillahirrahmanirrahim," katanya pada keterangan gambar berkenaan.

Setakat ini selain Khairy, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan veteran parti Tengku Razaleigh Hamzah mengumumkan akan bertanding jawatan Presiden.

Selain itu, blogger Rahmat Azim Abdul Aziz turut menyatakan hasrat sama dan sudah mengemukakan borang pencalonan.

Pencalonan bagi pemilihan UMNO yang dijadual berlangsung 30 Jun nanti akan ditutup pada 5 petang ini.

Dalam catatan di laman Facebooknya, Khairy menjelaskan keputusan bertanding jawatan Presiden itu tidak mudah dibuat, namun ia diambil setelah memikirkan masa depan dan survival UMNO.

"Saya mengambil keputusan bertanding jawatan Presiden UMNO kerana mahu anggota parti mempunyai pilihan tentang ke arah mana UMNO perlu dikemudi," katanya.

UMNO, tegasnya, mesti mengembalikan semangat keterbukaan dalam segala aspek - terbuka untuk bertanding, terbuka untuk menegur dan mengkritik pemimpin tanpa dipecat, terbuka untuk menerima anggota baharu tanpa sekatan dan terbuka untuk perwakilan menentukan siapa yang akan menerajui UMNO dan bebas daripada cengkaman 'warlord' pemimpin dalam parti yang ingin terus kekal berkuasa.

Katanya, walau apapun keputusan pemilihan itu kelak, kesetiaannya kepada UMNO tidak berbelah bagi dan akan menyokong siapa sahaja yang dipilih menjadi Presiden baharu parti berkenaan.

Khairy berkata yang penting, pemilihan itu perlu berjalan dalam semangat kekeluargaan UMNO agar ia dapat menjadikan parti lebih kuat untuk mengharungi cabaran mendatang.#sumber


Demikianlah Artikel Khairy Jamaluddin Umum Tawar Tanding Jawatan Presiden UMNO

Sekianlah artikel Khairy Jamaluddin Umum Tawar Tanding Jawatan Presiden UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Khairy Jamaluddin Umum Tawar Tanding Jawatan Presiden UMNO dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/khairy-jamaluddin-umum-tawar-tanding.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Khairy Jamaluddin Umum Tawar Tanding Jawatan Presiden UMNO"

Catat Ulasan

Loading...