Loading...
Judul : KLVC: Kertas Siasatan Pindah Milik Tanah Felda Telah Di Hantar Ke Pendakwa Raya
link : KLVC: Kertas Siasatan Pindah Milik Tanah Felda Telah Di Hantar Ke Pendakwa Raya
KLVC: Kertas Siasatan Pindah Milik Tanah Felda Telah Di Hantar Ke Pendakwa Raya
KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan pemindahan lot tanah projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) milik Felda di Jalan Semarak di sini telah diserahkan kepada pejabat pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, pihaknya telah melengkapkan siasatan dan kertas siasatan telah serahkan untuk tindakan susulan.
“Kami sudah serahkan kertas siasatan kepada pendakwa raya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Kontroversi membabitkan tanah Felda berlaku apabila agensi tersebut dikatakan berisiko kehilangan tanah miliknya di Jalan Semarak menerusi transaksi pindah milik yang diragui sejak tahun 2015.
Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn. Bhd. (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan kuasa wakil penuh (PA) bagi membangunkan projek di kawasan tersebut.
Walau bagaimanapun, Felda berjaya memiliki kembali 16 lot tanah di Jalan Semarak setelah menandatangani memorandum persefahaman dengan pemaju KLVC iaitu Synergy Promenade Sdn. Bhd. (SPSB). #sumber
Demikianlah Artikel KLVC: Kertas Siasatan Pindah Milik Tanah Felda Telah Di Hantar Ke Pendakwa Raya
Sekianlah artikel KLVC: Kertas Siasatan Pindah Milik Tanah Felda Telah Di Hantar Ke Pendakwa Raya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KLVC: Kertas Siasatan Pindah Milik Tanah Felda Telah Di Hantar Ke Pendakwa Raya dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/klvc-kertas-siasatan-pindah-milik-tanah.html

0 Response to "KLVC: Kertas Siasatan Pindah Milik Tanah Felda Telah Di Hantar Ke Pendakwa Raya"
Catat Ulasan