Loading...
Judul : UMNO Terima Tujuh Pencalonan Tanding Jawatan "Presiden" Parti
link : UMNO Terima Tujuh Pencalonan Tanding Jawatan "Presiden" Parti
UMNO Terima Tujuh Pencalonan Tanding Jawatan "Presiden" Parti
KUALA LUMPUR: Sebanyak tujuh calon mengemukakan borang pencalonan bagi merebut jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu pada 30 Jun ini.
Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh yang membuat pengumuman itu bagaimanapun, enggan mendedahkan nama-nama calon tersebut.
“Ini merupakan angka yang tertinggi pernah dipertandingkan bagi jawatan Presiden UMNO untuk pemilihan kali ini.
“Semua nama yang dicalonkan akan disemak kelayakan dan kebankrapan mereka. Nama-nama calon akan diumumkan esok oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat UMNO di sini sebentar tadi.
Sebelum ini, seramai tiga orang mengumumkan untuk bertanding Presiden UMNO iaitu Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan penulis blog, Rahmat Azim Abdul Aziz.
Hari ini, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga mengumumkan untuk bertanding jawatan tertinggi parti itu.
Mengulas lanjut, Ab. Rauf memberitahu, seramai 612 orang calon telah menyerahkan borang pencalonan bagi bertanding pelbagai jawatan pada pemilihan kali ini. #sumber
Demikianlah Artikel UMNO Terima Tujuh Pencalonan Tanding Jawatan "Presiden" Parti
Sekianlah artikel UMNO Terima Tujuh Pencalonan Tanding Jawatan "Presiden" Parti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel UMNO Terima Tujuh Pencalonan Tanding Jawatan "Presiden" Parti dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/umno-terima-tujuh-pencalonan-tanding.html
0 Response to "UMNO Terima Tujuh Pencalonan Tanding Jawatan "Presiden" Parti"
Catat Ulasan