Loading...

Khaled "Dedah" Pernah Di Serang "Orang" Najib Ketika Menegur Isu 1MDB

Loading...
Khaled "Dedah" Pernah Di Serang "Orang" Najib Ketika Menegur Isu 1MDB - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khaled "Dedah" Pernah Di Serang "Orang" Najib Ketika Menegur Isu 1MDB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khaled "Dedah" Pernah Di Serang "Orang" Najib Ketika Menegur Isu 1MDB
link : Khaled "Dedah" Pernah Di Serang "Orang" Najib Ketika Menegur Isu 1MDB

Baca juga


Khaled "Dedah" Pernah Di Serang "Orang" Najib Ketika Menegur Isu 1MDB


JOHOR BAHRU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mendedahkan beliau pernah diserang dan dijadikan sasaran 'orang-orang' dan 'budak-budak' Datuk Seri Najib Tun Razak ketika cuba menegur bekas presiden parti itu berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mohamed Khaled yang merupakan calon Naib Presiden UMNO berkata 'orang-orang' itu termasuklah yang ada dalam bahagian Pasir Gudang.

"Saya masih ingat sewaktu kisah 1MDB mula-mula timbul. Bila Presiden datang ke Pasir Gudang, saya dengan jelas mengingatkan Presiden bahawa UMNO ini bermasalah dan kita tidak boleh hidup dalam penafian."

"Setelah itu, saya diserang dan dijadikan sasaran oleh orang-orang dan budak-budak presiden termasuk yang ada dalam bahagian Pasir Gudang dan akhirnya saya pun mengambil keputusan untuk tidak lagi menegur Presiden. Mendukung saja beliau," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang di sini.

Bagaimanapun, sikap itu (terlalu mengutamakan Presiden dan bukannya kepentingan parti) kemudian akhirnya memakan UMNO sendiri apabila 'terjerumus' (kalah) teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas kerana orang Melayu sudah muak dan marah dengan pendekatan diambil.

"Tambahan pula, Presiden menggunakan segala macam cara untuk menagih kesetiaan ahli. Wala' lah. Bai'ah lah. Dipergunakan segala macam konsep Islam untuk memelihara kepentingan peribadinya."

"Jadi, ini adalah satu lagi kesilapan. Kesilapan yang tidak seharusnya berulang. Kita mesti berani menegur presiden dan mana-mana pemimpin kita. Tegur dengan kebenaran. Hidup dengan kebenaran. Dan berjuang dengan kebenaran," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Khaled "Dedah" Pernah Di Serang "Orang" Najib Ketika Menegur Isu 1MDB

Sekianlah artikel Khaled "Dedah" Pernah Di Serang "Orang" Najib Ketika Menegur Isu 1MDB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Khaled "Dedah" Pernah Di Serang "Orang" Najib Ketika Menegur Isu 1MDB dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/khaled-dedah-pernah-di-serang-orang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Khaled "Dedah" Pernah Di Serang "Orang" Najib Ketika Menegur Isu 1MDB"

Catat Ulasan

Loading...