Loading...

Shahrir: Tindakan "Siasat" Akaun UMNO Mengikut Akta AMLA Tidak Wajar

Loading...
Shahrir: Tindakan "Siasat" Akaun UMNO Mengikut Akta AMLA Tidak Wajar - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Shahrir: Tindakan "Siasat" Akaun UMNO Mengikut Akta AMLA Tidak Wajar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Shahrir: Tindakan "Siasat" Akaun UMNO Mengikut Akta AMLA Tidak Wajar
link : Shahrir: Tindakan "Siasat" Akaun UMNO Mengikut Akta AMLA Tidak Wajar

Baca juga


Shahrir: Tindakan "Siasat" Akaun UMNO Mengikut Akta AMLA Tidak Wajar


JOHOR BAHRU: Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM) membekukan akaun UMNO untuk disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla) tidak wajar kerana akta berkenaan tidak seharusnya digunakan untuk parti politik.

Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata ia seolah-olah memberi gambaran buruk bahawa hasil dana parti UMNO diperoleh daripada kegiatan jenayah.

Menurutnya, UMNO dan BN jadi sasaran seolah-olah pelaksanaan tindakan undang-undang sedangkan undang-undang yang digunakan tidak dirangka untuk parti politik.

“Ini kerana parti politik sememangnya memiliki dana politik yang diperoleh salah satunya daripada sumbangan dana dari pelbagai pihak, dalam pelbagai bentuk seperti cek dan tunai,” katanya pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Johor Bahru, di sini, hari ini.

Shahrir berkata akta berkenaan seharusnya digunakan dalam menyiasat entiti yang terlibat di dalam kegiatan terorisme, dadah serta jenayah dan bukannya UMNO.

“Erti pengubahan wang haram adalah kegiatan ‘mencuci’ wang hasil jenayah untuk digunakan bagi tujuan lain yang sah. Jadi, saya melihat ada percanggahan undang-undang di situ.

“Adakah ini bermakna semua dana parti politik adalah hasil jenayah? Sampai ia perlu disiasat sebegitu?,” katanya.

Menurut Shahrir, UMNO juga akan melihat lebih lanjut perkara ini dan akan mencari cara melalui undang-undang bagi mencabar pelaksanaan siasatan berkenaan.

“Kita pada hari ini masih sibuk dengan pemilihan pimpinan dan anggota jawatankuasa di peringkat bahagian dan pusat tetapi selepas ini kita akan tengok cara (perundangan) yang sesuai,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Shahrir: Tindakan "Siasat" Akaun UMNO Mengikut Akta AMLA Tidak Wajar

Sekianlah artikel Shahrir: Tindakan "Siasat" Akaun UMNO Mengikut Akta AMLA Tidak Wajar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Shahrir: Tindakan "Siasat" Akaun UMNO Mengikut Akta AMLA Tidak Wajar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/shahrir-tindakan-siasat-akaun-umno.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Shahrir: Tindakan "Siasat" Akaun UMNO Mengikut Akta AMLA Tidak Wajar"

Catat Ulasan

Loading...