Loading...
Judul : Siasatan Kes SRC International, Jho Low Akan Menghubungi SPRM
link : Siasatan Kes SRC International, Jho Low Akan Menghubungi SPRM
Siasatan Kes SRC International, Jho Low Akan Menghubungi SPRM
Kenyataan Jho Low ini disampaikan oleh jurucakapnya.
Menurutnya, Jho Low memberi jaminan itu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengeluarkan notis agar beliau tampil membantu siasatan.
“Melalui laporan media bertarikh 7 Jun 2018 (hari ini), Low difahamkan bahawa SPRM meminta bantuan beliau.
“Susulan notis SPRM itu, Low dengan segera mengarahkan peguamnya untuk menghubungi SPRM hari ini berhubung penyaluran bantuan tersebut,” menurut kenyataan itu.
SRC International Sdn Bhd ialah anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebelum diambil alih oleh Kementerian Kewangan pada 2012.
Selain Low, SPRM juga meminta Nik Faisal yang merupakan bekas pengarah dan ketua pegawai eksekutif SRC ketika syarikat itu ditubuhkan pada 2011 tampil membantu siasatan.
Low pula diketahui menjadi orang kepercayaan dan penasihat perniagaan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Jabatan Kehakiman AS mendakwa beliau bertanggungjawab merancang skandal 1MDB, yang menyebabkan dana berbilion ringgit digelapkan dari syarikat pelaburan tersebut.
Walaupun tidak menjawat sebarang jawatan rasmi dalam 1MDB, Low didakwa sebagai antara penerima dana yang digunakan membeli hartanah dan aset, termasuk kapal layar mewah, lukisan dan barang kemas.
Beliau tidak dapat dikesan untuk sekian lama namun baru-baru ini Perdana Menteri , Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan dapat menentukan secara kasar untuk mencari ahli perniagaan tersebut. #sumber
Demikianlah Artikel Siasatan Kes SRC International, Jho Low Akan Menghubungi SPRM
Sekianlah artikel Siasatan Kes SRC International, Jho Low Akan Menghubungi SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Siasatan Kes SRC International, Jho Low Akan Menghubungi SPRM dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/siasatan-kes-src-international-jho-low.html
0 Response to "Siasatan Kes SRC International, Jho Low Akan Menghubungi SPRM"
Catat Ulasan