Loading...
Judul : Peguam Latheefa Koya Mendesak Pihak Polis Henti Siasat Kadir Jasin
link : Peguam Latheefa Koya Mendesak Pihak Polis Henti Siasat Kadir Jasin
Peguam Latheefa Koya Mendesak Pihak Polis Henti Siasat Kadir Jasin
SHAH ALAM: Polis perlu menghentikan sebarang siasatan ke atas Ketua Unit Media Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A Kadir Jasin berhubung tulisannya berkaitan dakwaan perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong.
Peguam PKR, Latheefa Koya berkata, tindakan menghalang rakyat bersuara itu tidak lagi diamalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan.
“Ketua Polis Negara (Tan Sri Mohamad Fuzi Harun) perlu sedar Malaysia tidak lagi di bawah pemerintahan BN yang menganiaya rakyat kerana bersuara.
“Sesiapa saja yang terjejas daripada artikel Kadir perlu memberi respons dengan bertamadun bukannya lapor polis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, Latheefa berkata, pihak yang terjejas boleh juga memfailkan saman fitnah terhadap Kadir
Hari ini, Fuzi mengesahkan tiga laporan polis dibuat terhadap Kadir berhubung tulisan berkenaan RM256.9 juta dibelanjakan untuk Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh 16 bulan.
Fuzi juga memberitahu akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan ugutan jenayah, hasutan dan juga mengikut kesalahan melanggar Akta Komunikasi.
Namun menurut Latheefa tindakan itu mengejutkan dan tidak boleh diterima.
Katanya, Mohamad Fuzi perlu bertindak konsisten dengan perubahan agenda yang dibawa oleh kerajaan hari ini. #sumber
Demikianlah Artikel Peguam Latheefa Koya Mendesak Pihak Polis Henti Siasat Kadir Jasin
Sekianlah artikel Peguam Latheefa Koya Mendesak Pihak Polis Henti Siasat Kadir Jasin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Peguam Latheefa Koya Mendesak Pihak Polis Henti Siasat Kadir Jasin dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/peguam-latheefa-koya-mendesak-pihak.html
0 Response to "Peguam Latheefa Koya Mendesak Pihak Polis Henti Siasat Kadir Jasin"
Catat Ulasan