Loading...

1MDB: Najib Saman Peguam Negara, KP SPRM & Amar Singh

Loading...
1MDB: Najib Saman Peguam Negara, KP SPRM & Amar Singh - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 1MDB: Najib Saman Peguam Negara, KP SPRM & Amar Singh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 1MDB: Najib Saman Peguam Negara, KP SPRM & Amar Singh
link : 1MDB: Najib Saman Peguam Negara, KP SPRM & Amar Singh

Baca juga


1MDB: Najib Saman Peguam Negara, KP SPRM & Amar Singh


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd. Syukri Abdull dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib selaku pemohon memfailkan tiga saman pemula ex-parte (sebelah pihak) secara berasingan di Mahkamah Tinggi di sini pada 30 Jun lepas menerusi Tetuan Badrul Samad Faik & Co bagi memohon deklarasi bahawa pembabitan ketiga-tiga individu itu selaku responden dalam penyiasatan 1MDB adalah tidak sah dan memprejudiskannya selain memohon kos serta perintah lain yang sesuai oleh mahkamah.

Pengurusan kes itu ditetapkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Norhatini Abd. Hamid pada 16 Julai. Media memperoleh salinan saman pemula itu hari ini.

Dalam afidavit sokongan yang dikemukakan bersama saman itu, Najib mendakwa Thomas semasa belum dilantik sebagai Peguam Negara telah menulis sebuah artikel bertajuk ‘Grand Lacerny in 1MDB’ pada Julai 2016 dan merumuskan bahawa wang dimasukkan ke akaun peribadi bekas Perdana Menteri ketika itu adalah wang 1MDB. 

Najib mendakwa pendirian Thomas melalui artikel itu jelas tidak menyukainya dan melahirkan kebimbangannya bahawa Peguam Negara akan mencari jalan untuk mengenakan satu pertuduhan terhadapnya dengan apa alasan sekalipun selain mendakwa Thomas tidak sepatutnya terlibat dalam siasatan 1MDB. #sumber


Demikianlah Artikel 1MDB: Najib Saman Peguam Negara, KP SPRM & Amar Singh

Sekianlah artikel 1MDB: Najib Saman Peguam Negara, KP SPRM & Amar Singh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 1MDB: Najib Saman Peguam Negara, KP SPRM & Amar Singh dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/1mdb-najib-saman-peguam-negara-kp-sprm.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "1MDB: Najib Saman Peguam Negara, KP SPRM & Amar Singh"

Catat Ulasan

Loading...