Loading...

Bekas Pegawai Daerah Rugi RM30,000 Di Tipu Lelaki Mualaf !

Loading...
Bekas Pegawai Daerah Rugi RM30,000 Di Tipu Lelaki Mualaf ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas Pegawai Daerah Rugi RM30,000 Di Tipu Lelaki Mualaf !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas Pegawai Daerah Rugi RM30,000 Di Tipu Lelaki Mualaf !
link : Bekas Pegawai Daerah Rugi RM30,000 Di Tipu Lelaki Mualaf !

Baca juga


Bekas Pegawai Daerah Rugi RM30,000 Di Tipu Lelaki Mualaf !


BENTONG: Seorang bekas pegawai daerah bergelar "Datuk" kerugian lebih RM30,000 selepas terpedaya dengan pujukan seorang mualaf mendakwa dirinya dibuang keluarga sebaik memeluk Islam.

Mangsa berusia 60 tahun itu turut kehilangan sebuah kereta yang bernilai lebih RM20,000.

Mangsa yang enggan dikenali berkata, kejadian itu bermula selepas dia bertemu dengan mualaf itu yang berumur 34 tahun pada Syawal Ke-2 (16 Jun) lalu.

Katanya, ketika itu dia berhenti di sebuah masjid di Kuantan untuk menunaikan solat dan berkenalan dengan mualaf itu yang mendakwa anak kepada seseorang bergelar Datuk dan anak angkat seorang Tan Sri.

Menurutnya, lelaki berkenaan meminta bantuannya untuk mengikuti pengajian mendalami Islam bagi mualaf di Kelantan.

"Dia meminta sedikit wang dan mahu meminjam kereta. Saya pelik kerana termakan dengan pujukannya yang mendakwa baru dihalau oleh ibu bapanya kerana memeluk Islam selepas melihat gambar dia sedang bersolat di sebuah masjid.

"Sehinggalah 1 Julai lalu, saya sedar ditipu selepas dia berdolak dalik untuk membayar balik wang pinjaman dan juga memulangkan kereta," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, sebelum itu lelaki itu juga pernah ke rumahnya untuk meminjam kereta kononnya mahu ke mahkamah bagi menyelesaikan masalah pembahagian harta.

Menurutnya, dalam tempoh berkenaan dia seperti 'terpukau' apabila lebih 10 kali memasukkan duit kepada suspek kerana terlalu mempercayainya.

"Saya membuat laporan polis pada Selasa lalu (3 Julai) dan berharap kes ini dapat diselesaikan.

"Diharapkan dia ditangkap segera kerana saya dapat tahu ini bukan kali pertama dia memperdaya orang," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Yusof Unis mengesahkan menerima laporan kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. #sumber


Demikianlah Artikel Bekas Pegawai Daerah Rugi RM30,000 Di Tipu Lelaki Mualaf !

Sekianlah artikel Bekas Pegawai Daerah Rugi RM30,000 Di Tipu Lelaki Mualaf ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bekas Pegawai Daerah Rugi RM30,000 Di Tipu Lelaki Mualaf ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/bekas-pegawai-daerah-rugi-rm30000-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bekas Pegawai Daerah Rugi RM30,000 Di Tipu Lelaki Mualaf !"

Catat Ulasan

Loading...