Loading...

Ahli UMNO Perlu Henti Mengkritik, Perlu Bantu Kuatkan Parti !

Loading...
Ahli UMNO Perlu Henti Mengkritik, Perlu Bantu Kuatkan Parti ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahli UMNO Perlu Henti Mengkritik, Perlu Bantu Kuatkan Parti !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahli UMNO Perlu Henti Mengkritik, Perlu Bantu Kuatkan Parti !
link : Ahli UMNO Perlu Henti Mengkritik, Perlu Bantu Kuatkan Parti !

Baca juga


Ahli UMNO Perlu Henti Mengkritik, Perlu Bantu Kuatkan Parti !


KUANTAN: Ahli UMNO diminta berhenti mengkritik dan mencari kesalahan sebaliknya bersama-sama akar umbi memastikan kestabilan dan kekuatan dalaman UMNO terus terbina.

Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mustaffar Kamal Abdul Hamid berkata, adalah lebih baik ahli UMNO terutama yang mempunyai jawatan tinggi dalam parti memberi pandangan membina sahaja daripada berterusan mencari kesalahan.

Menurutnya sikap suka mengkritik bukan sahaja merugikan parti bahkan hanya mempamerkan kelemahan sesama ahli di mata orang luar yang sememangnya memusuhi UMNO dan BN.

“Jangan jadikan kekalahan UMNO pada PRU14 sebagai tiket menghentam usaha kawan-kawan yang lain di dalam parti. Usaha menubuhkan tabung kepada bekas presiden Datuk Seri Najib contohnya, membuktikan UMNO masih bersatu, ada kekuatan dan menghormati bekas pemimpin kita. Lagipun Datuk Seri (Najib) masih belum dibuktikan bersalah.

“Apa yang dibuat oleh UMNO sejak pemilihan parti yang lalu adalah membawa kepada perubahan. Kita perlukan semangat baharu. Ada percampuran dengan yang lama dan baru dalam pentadbiran terkini.

“Beri peluang dan masa kepada kepimpinan baharu untuk melaksanakan reformasi di dalam UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang menyatakan kekesalannya terhadap UMNO secara terbuka menerusi Twitter, baru-baru ini.

Ahli Parlimen Rembau itu mempersoalkan tindakan UMNO yang didakwa hanya memainkan sentimen perkauman berbanding menumpukan isu lain yang lebih besar seperti ekonomi dan sosial. #sumber




Demikianlah Artikel Ahli UMNO Perlu Henti Mengkritik, Perlu Bantu Kuatkan Parti !

Sekianlah artikel Ahli UMNO Perlu Henti Mengkritik, Perlu Bantu Kuatkan Parti ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahli UMNO Perlu Henti Mengkritik, Perlu Bantu Kuatkan Parti ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/ahli-umno-perlu-henti-mengkritik-perlu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ahli UMNO Perlu Henti Mengkritik, Perlu Bantu Kuatkan Parti !"

Catat Ulasan

Loading...