Loading...

Mufti Pahang Mahu Institusi Pusat Tahfiz Terus Di Pertahankan

Loading...
Mufti Pahang Mahu Institusi Pusat Tahfiz Terus Di Pertahankan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mufti Pahang Mahu Institusi Pusat Tahfiz Terus Di Pertahankan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mufti Pahang Mahu Institusi Pusat Tahfiz Terus Di Pertahankan
link : Mufti Pahang Mahu Institusi Pusat Tahfiz Terus Di Pertahankan

Baca juga


Mufti Pahang Mahu Institusi Pusat Tahfiz Terus Di Pertahankan


KUANTAN - Usaha mempertahankan institusi tahfiz di negara ini sebenarnya peranan bersama seluruh umat Islam namun sebaliknya ada segelintir dalam kalangan orang Islam sendiri yang mempersoalkan dan memburuk-burukkannya.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, ia agak mengecewakan kerana dengan tindakan itu, musuh-musuh Islam mula naik ke mata dan mempersoalkan kewajaran institusi tahfiz sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan yang ada di negara ini.

“Sebagai orang Islam, kita perlu sama-sama bantu, sama-sama jaga, bukan memburuk-burukkan pusat tahfiz yang ada.

“Kalau orang luar kata buruk, kita pun kata buruk, susahlah. Di Malaysia ini masalahnya, orang kita sendiri yang mempertikai sebab itu musuh Islam makin berani. Jadi kita kena mainkan peranan dengan memberi pandangan membina dan membantu pusat tahfiz supaya mereka dapat diteruskan dengan lebih baik,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata, pusat-pusat tahfiz perlu merangka hala tuju lebih jelas supaya kepentingan institusi itu tidak terus dipersoalkan.

“Saya kira perlu ada satu gabungan antara pusat-pusat tahfiz dalam menyelaras sukatan pelajaran dan sumber ekonominya. Ini penting kerana melalui gabungan itu dapat menyatukan silibus pusat tahfiz dan menentukan hala tujunya.

“Kita tak mahu anak-anak belajar di pusat tahfiz tidak tahu hala tujunya dan dan ia akan dapat diatasi melalui penyatuan ini,” katanya.

Sementara itu katanya, pengurusan pusat tahfiz juga kena akur dengan proses perubahan ke satu peringkat yang lebih baik dan mantap.

“Pusat tahfiz di Pahang dipantau Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kerana ia ada banyak peringkat.. ada kelas sahaja, peringkat menengah dan maahad," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Mufti Pahang Mahu Institusi Pusat Tahfiz Terus Di Pertahankan

Sekianlah artikel Mufti Pahang Mahu Institusi Pusat Tahfiz Terus Di Pertahankan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mufti Pahang Mahu Institusi Pusat Tahfiz Terus Di Pertahankan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/mufti-pahang-mahu-institusi-pusat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mufti Pahang Mahu Institusi Pusat Tahfiz Terus Di Pertahankan"

Catat Ulasan

Loading...