Loading...

Aliff Syukri Pertahankan Tindakan Rakam Video Isteri Bersalin

Loading...
Aliff Syukri Pertahankan Tindakan Rakam Video Isteri Bersalin - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Aliff Syukri Pertahankan Tindakan Rakam Video Isteri Bersalin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Aliff Syukri Pertahankan Tindakan Rakam Video Isteri Bersalin
link : Aliff Syukri Pertahankan Tindakan Rakam Video Isteri Bersalin

Baca juga


Aliff Syukri Pertahankan Tindakan Rakam Video Isteri Bersalin


KUALA LUMPUR - Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mempertahan tindakannya merakam video isterinya, Datin Seri Shahida Mohd. Rashid sewaktu melahirkan anak mereka, Yusoff Al Qardawi baru-baru ini.

Malah katanya, beliau juga sudah meminta kebenaran isteri, Datin Seri Shahida untuk merakamkan video semasa isterinya sedang bersalin dua minggu lalu.

Menurut Aliff, biarpun perkara berkenaan mendapat tentangan hebat daripada netizen, namun sebagai suami beliau tahu aib isterinya yang perlu dijaga.

“Jika dilihat dalam video berkenaan tidak nampak darah atau perkara mengaibkan, namun pandangan masyarakat seolah-olah apa yang saya buat itu hina sangat. 

“Saya buat sebab saya tahu perkara itu tidak berdosa dan sudah minta kebenaran isteri. Sebelum buat apa-apa, saya akan tanya dia dahulu sebab saya pun menghormati pandanganya. Kalau kita hendak puaskan hati semua orang, semua benda tidak boleh buat.” katanya yang ditemui di Aliff Syukri Palace sempena Majlis Cukur Jambul, Aqiqah dan Tahnik anaknya, Yusoff Al Qardawi.

Sementara itu, isteri Aliff pula berkata, dia tidak berasa video berkenaan sebagai hal yang memalukan. Kongsinya, video berkenaan sama seperti babak dalam drama yang ditayangkan dalam televisyen.

“Mula-mula saya rasa tertekan juga apabila buka Facebook, muka saya jadi tular. Bagaimanapun, saya tahu suami sudah minta kebenaran untuk merakam video berkenaan terlebih dahulu. 

“Bagi saya tiada apa yang membuka aib dalam video itu, mungkin suami terlalu teruja dan itu cara dia menggambarkan perasaan gembira. Video itu sama sahaja seperti yang kita lihat dalam drama. Saya juga tidak sedar semasa dia merakam video itu,” kata Shahida.

Dalam pada itu, Aliff turut bersyukur dengan kelahiran anak keempatnya yang dinamakan sebagai Yusoff Al Qardawi yang jatuh dalam bulan Syawal.

“Saya memang akan mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri pada setiap tahun. Kebetulan Yusoff lahir dalam bulan ini, jadi kami satukan majlis cukur jambul, akikah dan tahnik dalam satu hari.

“Biarpun ada yang mengatakan seperti membazir apabila saya turut menyediakan sebuah katil khas untuk Yusoff, tetapi saya rasa sudah tiba masanya buat sesuatu sebagai kenangan untuk anak-anak,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Aliff Syukri Pertahankan Tindakan Rakam Video Isteri Bersalin

Sekianlah artikel Aliff Syukri Pertahankan Tindakan Rakam Video Isteri Bersalin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Aliff Syukri Pertahankan Tindakan Rakam Video Isteri Bersalin dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/aliff-syukri-pertahankan-tindakan-rakam.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Aliff Syukri Pertahankan Tindakan Rakam Video Isteri Bersalin"

Catat Ulasan

Loading...