Loading...

Nama Calon Speaker Dewan Rakyat Telah Di Senarai Pendek !

Loading...
Nama Calon Speaker Dewan Rakyat Telah Di Senarai Pendek ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nama Calon Speaker Dewan Rakyat Telah Di Senarai Pendek !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nama Calon Speaker Dewan Rakyat Telah Di Senarai Pendek !
link : Nama Calon Speaker Dewan Rakyat Telah Di Senarai Pendek !

Baca juga


Nama Calon Speaker Dewan Rakyat Telah Di Senarai Pendek !


KUANTAN: Nama-nama calon untuk jawatan Speaker Dewan Rakyat sudahpun disenarai pendek dan akan diputuskan barisan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) dalam tempoh terdekat sebelum sesi Parlimen bersidang pada 16 Julai ini.

Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah berkata setiap parti komponen telah mencadangkan nama calon masing-masing dan ia sedang dibincangkan dengan teliti dan akan menjalani proses undian sebelum diputuskan.

"Speaker (Dewan Rakyat) akan dilantik pagi Isnin depan, sebelum semua ahli Dewan mengangkat sumpah, lazimnnya Speaker Dewan Rakyat dan dua timbalannya adalah kombinasi dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak...Melayu dan bukan Melayu

"Bagi menepati manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), jawatan ini (Speaker) adalah dalam kalangan anggota Dewan Rakyat dan bukan dari Dewan Negara (Senator).

"Ini kerana kita mahu mereka ini mempunyai rasa tanggungjawab terhadap anggota Dewan Rakyat dan dapat menjalankan tugas dengan adil serta saksama," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya Anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Pelindung, dekat sini, hari ini.

Majlis turut dihadiri oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung.

Saifuddin, yang juga Menteri Luar, berkata, mereka yang terpilih nanti perlu meletakkan jawatan dalam parti untuk memastikan mereka dapat melaksanakan jawatan yang telah diamanahkan itu dengan lebih telus.

Dalam masa yang sama, katanya, pihak pembangkang juga terbuka untuk menghantar nama calon yang difikirkan sesuai untuk dipertimbangkan.

Ditanya mengenai kemungkinan PH memilih bekas Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini Tan Sri Dr Rais Yatim sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu, Saifuddin enggan mengulas lanjut namun mengulangi bahawa jawatan itu adalah untuk ahli Dewan Rakyat.

Sebelum ini nama Rais dan Anggota Parlimen Segambut, Hannah Yeoh disebut-sebut sebagai antara calon Speaker Dewan Rakyat dan Timbalan Speaker.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin turut mengesahkan Duta Malaysia ke Vatican, Tan Sri Bernard Dompok, telahpun kembali ke tanah air selepas diarah pulang pada 30 Jun lalu.

"Perkara dah selesaikan oleh pegawai (Kementerian Luar Negeri)...setakat ini melibatkan dua orang sahaja, yang di Vatican dah kembali.

"Kita kini sedang mengenal pasti calon yang sesuai untuk menggantikan mereka," katanya.

Sebelum ini, dua duta Malaysia yang merupakan lantikan politik kerajaan pimpinan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini diberikan notis pengosongan jawatan mereka.

Mereka ialah Duta ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Dompok. #sumber


Demikianlah Artikel Nama Calon Speaker Dewan Rakyat Telah Di Senarai Pendek !

Sekianlah artikel Nama Calon Speaker Dewan Rakyat Telah Di Senarai Pendek ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nama Calon Speaker Dewan Rakyat Telah Di Senarai Pendek ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/nama-calon-speaker-dewan-rakyat-telah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Nama Calon Speaker Dewan Rakyat Telah Di Senarai Pendek !"

Catat Ulasan

Loading...