Loading...

Anak Najib Selesai Buat "Bayaran Baki" Jaminan RM500,000

Loading...
Anak Najib Selesai Buat "Bayaran Baki" Jaminan RM500,000 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anak Najib Selesai Buat "Bayaran Baki" Jaminan RM500,000, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anak Najib Selesai Buat "Bayaran Baki" Jaminan RM500,000
link : Anak Najib Selesai Buat "Bayaran Baki" Jaminan RM500,000

Baca juga


Anak Najib Selesai Buat "Bayaran Baki" Jaminan RM500,000


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta, hari ini melunaskan baki bayaran jaminan berjumlah RM500,000.

Bayaran itu dibuat dua anak Anggota Parlimen Pekan itu, Nooryana Najwa dan Norashman yang tiba tepat pukul 10.04 pagi di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini. Turut hadir menantu Najib, Daniyar Kessibayev yang merupakan suami Nooryana Najwa.

Sebaik tiba, Nooryana Najwa dan Norashman yang hadir sebagai penjamin, dilihat terus ke bahagian Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi di tingkat 1, sebelum Najib diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada 11.43 pagi dan masuk ke bilik sama untuk menandatangani dokumen berkaitan jaminan.

Selesai urusan itu, Najib, yang akan genap usia 65 tahun pada 23 Julai, keluar dari bilik dan menerima 'Tabung Solidariti Bebaskan Najib' daripada Ketua Sekretariat Solidariti Najib Razak, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii berjumlah RM489,166.

Tidak lama kemudian Najib bersama Rosmah beredar menaiki kenderaan pelbagai guna MPV Toyota Vellfire berwarna putih dan perdana menteri keenam itu yang kelihatan ceria sempat melambai ke arah penyokongnya yang turut melaungkan kalimah 'Allahuakhbar!', hidup Najib!' dan 'bebaskan Najib!'. #sumber


Demikianlah Artikel Anak Najib Selesai Buat "Bayaran Baki" Jaminan RM500,000

Sekianlah artikel Anak Najib Selesai Buat "Bayaran Baki" Jaminan RM500,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anak Najib Selesai Buat "Bayaran Baki" Jaminan RM500,000 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/anak-najib-selesai-buat-bayaran-baki.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Anak Najib Selesai Buat "Bayaran Baki" Jaminan RM500,000"

Catat Ulasan

Loading...