Loading...

ANGKASA: Harga Sawit Jatuh, 700,000 Ahli Koperasi Terjejas !

Loading...
ANGKASA: Harga Sawit Jatuh, 700,000 Ahli Koperasi Terjejas ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ANGKASA: Harga Sawit Jatuh, 700,000 Ahli Koperasi Terjejas !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ANGKASA: Harga Sawit Jatuh, 700,000 Ahli Koperasi Terjejas !
link : ANGKASA: Harga Sawit Jatuh, 700,000 Ahli Koperasi Terjejas !

Baca juga


ANGKASA: Harga Sawit Jatuh, 700,000 Ahli Koperasi Terjejas !


BENTONG - Trend kejatuhan harga kelapa sawit memberi implikasi menyeluruh yang turut memberikan kesan yang teruk kepada sektor koperasi negara dan ahli-ahlinya.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, kejatuhan harga komoditi itu memberikan kesan kepada kira-kira 700,000 ahli koperasi termasuk 650,000 pekebun kecil kelapa sawit.

Menurutnya, kenaikan harga baja dan racun dipercayai akibat kejatuhan mata wang negara juga memburukkan lagi keadaan pekebun kecil kelapa sawit dalam masa harga komoditi itu terus jatuh.

"Kejatuhan harga sawit ini menjejaskan 650,000 ahli koperasi yang mempunyai kebun kecil sawit dan kira-kira 50,000 ahli koperasi yang menjadi ahli dalam koperasi berkaitan sawit.

"Ia menyebabkan pendapatan pekebun kecil berkurang dan memberikan kesan kepada perolehan koperasi berkaitan kelapa sawit yang akhirnya akan mengurangkan dividen diterima ahli," katanya dalam sidang media pada Kejohanan Petanque Angkasa Peringkat Negeri 2018 di Sekolah Menangah Kebangsaan Seri Bentong di sini, semalam.

Pada majlis itu Angkasa Zon 2 dinobatkan juara keseluruhan selepas wakil mereka dari Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mengkarak Berhad memenangi kategori koperasi dewasa lelaki dan Koperasi SMK Jengka Pusat memenangi kategori sekolah lelaki.

Trend kejatuhan harga kelapa sawit pada masa ini menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat tanah rancangan Felda dan juga pekebun kecil apabila ada antara mereka dilaporkan hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM280 sebulan.

Justeru itu, Abdul Fattah mencadangkan tindakan segera seperti mewujudkan mekanisma jaminan harga (GMP) bagi memastikan pekebun kecil getah tidak terus terbeban.

Sementara itu, beliau berharap pasaran sawit di negara ini dapat diperluaskan lagi dan tidak terhad kepada pasaran tertentu seperti negara China sahaja.

"Melalui mekanisma harga lantai ini mungkin kerajaan boleh menampung dengan memberi subsidi sekiranya harga kelapa sawit mencecah paras minimum yang memberi bebanan teruk kepada pengusaha kelapa sawit,"katanya.

Tambahnya, pihak Angkasa akan sentiasa membantu termasuklah dalam usaha melebarkan pasaran sawit ke luar negara melalui rangkaian koperasi. #sumber


Demikianlah Artikel ANGKASA: Harga Sawit Jatuh, 700,000 Ahli Koperasi Terjejas !

Sekianlah artikel ANGKASA: Harga Sawit Jatuh, 700,000 Ahli Koperasi Terjejas ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ANGKASA: Harga Sawit Jatuh, 700,000 Ahli Koperasi Terjejas ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/angkasa-harga-sawit-jatuh-700000-ahli.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "ANGKASA: Harga Sawit Jatuh, 700,000 Ahli Koperasi Terjejas !"

Catat Ulasan

Loading...