Loading...

Cadangan Usul Ubah Cuti Hari Jumaat Perlu Kajian Menyeluruh

Loading...
Cadangan Usul Ubah Cuti Hari Jumaat Perlu Kajian Menyeluruh - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cadangan Usul Ubah Cuti Hari Jumaat Perlu Kajian Menyeluruh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cadangan Usul Ubah Cuti Hari Jumaat Perlu Kajian Menyeluruh
link : Cadangan Usul Ubah Cuti Hari Jumaat Perlu Kajian Menyeluruh

Baca juga


Cadangan Usul Ubah Cuti Hari Jumaat Perlu Kajian Menyeluruh


JERANTUT - Cadangan untuk mengubah hari cuti hujung minggu kepada Jumaat dan Sabtu di negeri ini perlu diperhalusi secara menyeluruh, titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.

Baginda mengulas, cadangan tersebut wajar dikaji menerusi tinjauan pendapat secara menyeluruh termasuk masyarakat bukan Islam yang bermastautin di negeri itu sebelum ia dilaksanakan.

"Tinjauan secara menyeluruh perlu dilakukan dengan melibatkan pelbagai pihak termasuk orang bukan Islam," titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian selepas berkenan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Kerabat Negeri Pahang Ke-22 di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di sini hari ini.


Baginda bertitah bagi mengulas cadangan Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Lumpur ketika Sidang DUN Pahang di Kuantan baru-baru ini.

Menerusi cadangan tersebut, Rosli mengusulkan hari cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad yang dilaksanakan ketika ini diubah kepada Jumaat dan Sabtu.

Tambah baginda lagi, usul tersebut telah dibahaskan dalam Sidang DUN Pahang, namun kerajaan negeri wajar mendapatkan pandangan semua pihak sebelum membuat sebarang perubahan.

"Saya pun tidak boleh buat keputusan sama ada setuju atau tidak.

"Ia kerana saya sendiri juga akan membuat tinjauan untuk mendapatkan tindak balas (pelbagai pihak) mengenai cuti hari Jumaat seperti dicadangkan itu," tambah Tengku Abdullah. #sumber


Demikianlah Artikel Cadangan Usul Ubah Cuti Hari Jumaat Perlu Kajian Menyeluruh

Sekianlah artikel Cadangan Usul Ubah Cuti Hari Jumaat Perlu Kajian Menyeluruh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cadangan Usul Ubah Cuti Hari Jumaat Perlu Kajian Menyeluruh dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/cadangan-usul-ubah-cuti-hari-jumaat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Cadangan Usul Ubah Cuti Hari Jumaat Perlu Kajian Menyeluruh"

Catat Ulasan

Loading...