Loading...

Barang Kemas Di Hantar Kepada Rosmah Atas Kerelaan Tukang

Loading...
Barang Kemas Di Hantar Kepada Rosmah Atas Kerelaan Tukang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Barang Kemas Di Hantar Kepada Rosmah Atas Kerelaan Tukang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Barang Kemas Di Hantar Kepada Rosmah Atas Kerelaan Tukang
link : Barang Kemas Di Hantar Kepada Rosmah Atas Kerelaan Tukang

Baca juga


Barang Kemas Di Hantar Kepada Rosmah Atas Kerelaan Tukang


PETALING JAYA: Para peguam Datin Seri Rosmah Mansor hari ini berkata anak guamnya tidak pernah membeli mana-mana barang kemas yang kini menjadi subjek tuntutan saman terhadap bekas isteri perdana menteri itu oleh tukang emas Lubnan, Global Royalty Trading.

Dalam pembelaan yang dikemukakan hari ini, Datuk Geethan Ram, Datuk K Kumaraendran, Rajivan Nambiar, Reza Rahim, Lavania Raja dan Revin Kumar berkata barang kemas itu dihantar untuk dilihat oleh Rosmah “memandangkan beliau ialah isteri perdana menteri Malaysia”.

Mereka menambah barang kemas itu dihantar berdasarkan “kerelaan sendiri plaintif dan tanpa sebarang kewajipan kepada anak guam kami membeli barang kemas itu”.

“Saman yang difailkan Global Royalty melanggar peruntukan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

“Oleh itu, tuntutan yang difailkan Royalti Global terhadap anak guam kami adalah jelas menyalahi undang-undang, semberono, menyakitkan hati dan/atau melanggar proses mahkamah,” kata mereka dalam satu kenyataan.

Mereka menambah tuntutan terhadap Rosmah supaya bertanggungjawab menanggung kerugian bernilai RM59,831,317.40 adalah “salah tanggapan dan tanpa asas undang-undang”.

Royalti Global memfailkan saman terhadap Rosmah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Jun, menuntut isteri bekas perdana menteri itu memulangkan 44 barangan kemas yang didakwa dihantar kepadanya untuk dilihat atau beliau perlu membayar untuk semua barangan itu yang bernilai AS$14.79 juta (RM59.83 juta).

Barangan kemas itu dilaporkan dirampas oleh pihak berkuasa semasa serbuan polis yang dikaitkan dengan suaminya, Datuk Seri Najib Razak, Mei lalu.

Royalti Global memohon pengisytiharan mahkamah bahawa mereka adalah pemilik sah 44 unit barangan kemas tersebut memohon perintah mandatori supaya barangan berkenaan dikembalikan atau secara alternatif, jika ia tidak dapat dipulangkan, Rosmah wajar membayar jumlah yang dinyatakan berdasarkan nilai barangan kemas tersebut.

Peguam Rosmah berkata beliau akan membuat permohonan untuk membatalkan saman itu “dalam masa terdekat”.

Bulan lepas, polis berkata hasil pengiraan ke atas beg tangan berjenama, barang kemas dan wang tunai yang dirampas dalam serbuan di beberapa premis yang dikaitkan dengan Najib selepas Pakatan Harapan mengambilalih Putrajaya pada pilihan raya 9 Mei, dianggarkan bernilai RM900 juta hingga RM1.1 bilion.

Ia termasuk 72 beg berisi pelbagai jenis matawang dan barang kemas, dan beratus-ratus kotak yang mengandungi beg tangan mewah.

Polis turut merampas 12,000 jenis barang kemas dalam 25 beg yang semuanya berjumlah RM440 juta, termasuk 1,400 utas rantai, 2,200 cincin, 2,100 gelang, 1,600 kerongsang, 2,800 pasang subang dan 14 tiara, manakala barang kemas termahal ialah seutas rantai leher bernilai RM6.4 juta. #sumber


Demikianlah Artikel Barang Kemas Di Hantar Kepada Rosmah Atas Kerelaan Tukang

Sekianlah artikel Barang Kemas Di Hantar Kepada Rosmah Atas Kerelaan Tukang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Barang Kemas Di Hantar Kepada Rosmah Atas Kerelaan Tukang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/barang-kemas-di-hantar-kepada-rosmah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Barang Kemas Di Hantar Kepada Rosmah Atas Kerelaan Tukang"

Catat Ulasan

Loading...