Loading...

Tertuduh Dakwa Mereka Di Ugut Mengaku Bunuh Kevin Morais !

Loading...
Tertuduh Dakwa Mereka Di Ugut Mengaku Bunuh Kevin Morais ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tertuduh Dakwa Mereka Di Ugut Mengaku Bunuh Kevin Morais !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tertuduh Dakwa Mereka Di Ugut Mengaku Bunuh Kevin Morais !
link : Tertuduh Dakwa Mereka Di Ugut Mengaku Bunuh Kevin Morais !

Baca juga


Tertuduh Dakwa Mereka Di Ugut Mengaku Bunuh Kevin Morais !


KUALA LUMPUR: Tertuduh keenam dalam kes pembunuhan Datuk Anthony Kevin Morais memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, dia dan lima lagi tertuduh diugut mengaku membunuh timbalan pendakwa raya itu.

S Nimalan, 25, mendakwa ugutan itu dibuat beberapa pegawai penjara pada 10 April lepas di Penjara Sungai Buloh, di sini, sebaik dia pulang menghadiri perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi di sini.

“Pada 10 April, saya balik dari perbicaraan dan membuat pemeriksaan, 3 pegawai penjara menyuruh saya membuang air besar.

“Semasa di tempat membuang air besar, seorang daripada mereka datang berjumpa saya dan memberitahu dia telah berjumpa dengan S Ravi Chandaran (tertuduh ke-7) beberapa kali untuk menyuruh Ravi Chandaran mengaku dalam kes ini.

“Pegawai itu memberitahu dia berbincang mengenai wang yang akan kami semua perolehi sekiranya kami semua mengaku dalam kes ini,” katanya ketika pemeriksaan utama peguam, V Rajehgopal dalam prosiding membela diri hari ke-13.

Saksi pembelaan ke-5 itu berkata, dia kemudian membuat laporan polis berhubung perkara itu pada 17 April selepas diminta Ravi Chandaran yang merupakan bapa saudaranya.

Menjawab soalan Rajehgopal sama ada tertuduh terlibat dalam kes pembunuhan itu, Nimalan berkata: “Saya tidak melakukan kesalahan ini Yang Arif.”

R Dinishwaran, A K Thinesh Kumar, M Vishwanath, Nimalan, Ravi Chandaran dan doktor tentera, Kolonel Dr R Kunaseegaran mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh Kevin Morais dalam perjalanan dari Jalan Dutamas 1, Sentul ke No 1 Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya, antara 7 pagi dan 8 malam, 4 September 2015 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, 5 tertuduh, Dinishwaran, 26; Thinesh Kumar, 25; Vishwanath, 28; Nimalan dan Ravi Chandaran, 47, diwakili Rajehgopal, manakala Dr Kunaseegaran, 55, diwakili peguam Datuk N Sivananthan dan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin.

Perbicaraan di depan Hakim, Datuk Azman Abdullah bersambung esok. #sumber


Demikianlah Artikel Tertuduh Dakwa Mereka Di Ugut Mengaku Bunuh Kevin Morais !

Sekianlah artikel Tertuduh Dakwa Mereka Di Ugut Mengaku Bunuh Kevin Morais ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tertuduh Dakwa Mereka Di Ugut Mengaku Bunuh Kevin Morais ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/tertuduh-dakwa-mereka-di-ugut-mengaku.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tertuduh Dakwa Mereka Di Ugut Mengaku Bunuh Kevin Morais !"

Catat Ulasan

Loading...