Loading...
Judul : Bekas Peguam Di Dakwa Pecah Amanah Urusan Beli Rumah !
link : Bekas Peguam Di Dakwa Pecah Amanah Urusan Beli Rumah !
Bekas Peguam Di Dakwa Pecah Amanah Urusan Beli Rumah !
KUALA LUMPUR: Seorang bekas peguam yang sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan pecah amanah didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan sama berhubung urusan membeli sebuah rumah, tiga tahun lepas.
Yap Ooi Lye, 38, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.
Wanita itu didakwa sebagai seorang peguambela dan peguamcara firma yang diamanahkan dengan penguasaan wang akaun pelanggan firma HSBC Bank telah melakukan pecah amanah terhadap wang pemegang amanah harta RM22,286.67 yang dibayar oleh Zarith Sofia Nordin, 33, bagi urusan membeli sebuah rumah di Hulu Selangor yang dimiliki oleh Fadzliana Fadzil, 33.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di firma Tetuan Jenny Yap & Associates di Jalan Perdana Metro 8, Taman Usahawan Kepong di sini antara Mei 2014 sehingga Mac 2016.
Yap didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan. #sumber
Demikianlah Artikel Bekas Peguam Di Dakwa Pecah Amanah Urusan Beli Rumah !
Sekianlah artikel Bekas Peguam Di Dakwa Pecah Amanah Urusan Beli Rumah ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bekas Peguam Di Dakwa Pecah Amanah Urusan Beli Rumah ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/bekas-peguam-di-dakwa-pecah-amanah.html
0 Response to "Bekas Peguam Di Dakwa Pecah Amanah Urusan Beli Rumah !"
Catat Ulasan