Loading...
Judul : Menteri Kesihatan: 23 Projek 'Sakit' Bakal Di Tamatkan Kontrak
link : Menteri Kesihatan: 23 Projek 'Sakit' Bakal Di Tamatkan Kontrak
Menteri Kesihatan: 23 Projek 'Sakit' Bakal Di Tamatkan Kontrak
KUALA LUMPUR: Dua puluh tiga projek 'sakit' yang masih gagal menepati tempoh siap ditetapkan bakal menerima nasib sama seperti Hospital Petra Jaya di Sarawak yang ditamatkan kontrak pembinaannya, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.
Katanya tindakan tegas itu perlu dalam memberikan amaran kepada kontraktor dan pemaju projek pembinaan tersebut yang dilihat bersikap sambil lewa dalam menyiapkan kemudahan penting itu.
"Mana-mana projek ini yang sangat sakit (sangat lewat) setelah diberikan empat kali amaran kita akan ambil tindakan sama seperti di Petra Jaya.
"Saya akan turun padang dan melihat sendiri serta berjumpa dengan pemaju...jika masih gagal kami akan serahkan projek ini kepada Jabatan Kerja Raya (JKR), " katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu forum mengenai kesihatan anjuran Institut Strategi & Kepimpinan Asia (ASLI) di sini, hari ini.
Kementerian Kesihatan sebelum ini dilaporkan berkata akan memantau sekurang-kurangnya 23 projek pembinaan hospital dan klinik di seluruh negara yang diklasifikasikan sebagai 'sakit' atau 'merah' yang mengalami kelewatan dalam pembinaan. #sumber
Demikianlah Artikel Menteri Kesihatan: 23 Projek 'Sakit' Bakal Di Tamatkan Kontrak
Sekianlah artikel Menteri Kesihatan: 23 Projek 'Sakit' Bakal Di Tamatkan Kontrak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Menteri Kesihatan: 23 Projek 'Sakit' Bakal Di Tamatkan Kontrak dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/menteri-kesihatan-23-projek-sakit-bakal.html
0 Response to "Menteri Kesihatan: 23 Projek 'Sakit' Bakal Di Tamatkan Kontrak"
Catat Ulasan