Loading...
Judul : Chong Chieng Jen: SST Tidak Bebankan Rakyat Berbanding GST
link : Chong Chieng Jen: SST Tidak Bebankan Rakyat Berbanding GST
Chong Chieng Jen: SST Tidak Bebankan Rakyat Berbanding GST
JOHOR BAHRU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak menolak kemungkinan harga barangan akan meningkat disebabkan perlaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada September nanti.
Timbalan Menterinya, Chong Chieng Jen berkata, kerajaan juga memberi jaminan perlaksanaan cukai tersebut tidak akan membebankan rakyat sepertimana perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebelum ini.
Menurutnya, ini kerana jumlah kutipan cukai menerusi SST hanyalah RM20 bilion setahun berbanding RM44 bilion setahun menerusi GST.
“Rakyat di bawah (sistem) SST bayar cukai kurang RM24 bilion kepada kerajaan berbanding GST.
“Memang ia akan beri sesetengah kesan kepada (harga) barangan, namun ia tidak seteruk beban kos sara hidup rakyat semasa di bawah sistem GST,” katanya ketika ditanya mengenai pelaksanaan SST yang akan menggantikan GST.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutup siri kelima jelajah Student Entrepreneurship Programme: First Step di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, di sini, hari ini.
Apabila ditanya mengenai pelaksanaan penguatkuasaan, Chieng Jen berkata, pihaknya akan meneruskan operasi dan pemantauan bagi memastikan semua pihak mematuhi sistem SST yang akan dilaksanakan kelak. #sumber
Demikianlah Artikel Chong Chieng Jen: SST Tidak Bebankan Rakyat Berbanding GST
Sekianlah artikel Chong Chieng Jen: SST Tidak Bebankan Rakyat Berbanding GST kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Chong Chieng Jen: SST Tidak Bebankan Rakyat Berbanding GST dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/chong-chieng-jen-sst-tidak-bebankan.html
0 Response to "Chong Chieng Jen: SST Tidak Bebankan Rakyat Berbanding GST"
Catat Ulasan