Loading...

Ahli Parlimen Paya Besar Angkat Suara Anak Muda Ke Parlimen

Loading...
Ahli Parlimen Paya Besar Angkat Suara Anak Muda Ke Parlimen - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahli Parlimen Paya Besar Angkat Suara Anak Muda Ke Parlimen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahli Parlimen Paya Besar Angkat Suara Anak Muda Ke Parlimen
link : Ahli Parlimen Paya Besar Angkat Suara Anak Muda Ke Parlimen

Baca juga


Ahli Parlimen Paya Besar Angkat Suara Anak Muda Ke Parlimen


AHLI Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah adalah antara muka baharu dalam sidang Parlimen sesi ini selain menjadi antara pemimpin muda dari BN. Ikuti wawancara bersama beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno Pahang.

YB antara pemimpin muda dari BN, sebagai pembangkang bagaimana YB memainkan peranan dalam membawa suara muda untuk didengari di dalam Parlimen?

Sebagai ahli Parlimen yang muda dalam BN, sudah pastinya mesyuarat kali pertama ini merupakan mesyuarat yang amat penting agar anak muda di luar mengetahui bahawa terdapat wakil generasi muda dalam Dewan Rakyat yang akan membawa suara mereka.

Sebelum sesi Dewan Rakyat ini berlangsung, saya sendiri telah bertemu dengan anak-anak muda untuk mendapatkan pandangan mereka, apakah isu yang patut dibangkitkan di Dewan Rakyat.

Bukan hanya melalui pertemuan secara bersemuka tapi juga saya mengunakan media sosial untuk mendengar rintihan anak muda.

Menjadi satu kewajipan dan tanggungjawab kepada saya membawa suara anak muda ke Parlimen kerana masa hadapan negara bergantung sepenuhnya kepada golongan anak muda.

Jika isu-isu mereka tidak di bawa ke Dewan Rakyat, sudah pastinya kerajaan hari ini tidak mengetahui apa sebenarnya kehendak anak muda.

Komen YB mengenai titah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bahawa orang Melayu akan menjadi seperti dinosour di mana kewujudannya akan pupus jika tidak berubah mengikut peredaran masa?

Kita menjunjung kasih atas teguran Yang Maha Mulia, Sultan Perak dan kita ambil positif atas pandangan tersebut.

Sudah pastinya UMNO hari ini sedang melakukan perubahan terutamanya dari segi kepimpinan di peringkat tertinggi sehinggalah kepimpinan peringkat bawahan.

Kita yakin apa yang berlaku pada PRU14 ada hikmahnya dan inilah tempoh untuk kita menilai semula pendekatan kita untuk bertemu dengan rakyat.

Mungkin dahulu kita tidak nampak apa yang berlaku tapi dengan apa yang berlaku hari ini sudah pasti ia akan menjadi satu penjenamaan semula Umno dalam konteks kepimpinan yang baharu.

Saya juga mengambil sudut positif apabila pandangan Sultan Perak melihat Umno sebagai dinasor di mana kita tahu dinasor itu sifatnya besar dan walaupun ia pupus tapi kami yakin dinasor mempunyai saiz yang besar.

Ini bermakna Umno masih mempunyai satu sokongan yang besar daripada akar umbi dan kita juga dilihat sebagai satu parti yang bakal kembali dan bakal bertanding dalam PRU15.

Ertinya, saiz besar dinasor itu adalah pandangan orang terhadap Umno, cuma saya yakin kita mesti lihat  perubahan yang berlaku.

Kita baru 23 hari dan saya yakin sehingga hari ini banyak perubahan-perubahan yang sedang kita lakukan. Kita sudah bertindak diluar kebiasaan dan adakan program-program yang menyentuh hati rakyat.

Nampaknya dengan apa yang berlaku, rakyat mula berfikir dan saya percaya rakyat sedang melihat apa yang telah kita lakukan. Berilah kami masa.

Isu Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) adakah YB merasakan kerajaan perlu ada ketegasan terhadap dasar pendidikan bagi memastikan kelestarian pendidikan negara ini?
Kita mesti kembali melihat bagaimana isu UEC ini timbul kerana ia bukanlah isu baharu tapi telah makan masa bertahun-tahun.

Cuma kita mesti memahami sebagai rakyat Malaysia kita jangan hilangkan identiti rakyat Malaysia yang mana satunya mereka mesti fasih berbahasa Melayu dan mengetahui sejarah tentang negara seperti bagaimana Malaysia dibentuk, bagaimana adat budaya dan kisah-kisah pembangunan melalui sejarah.

Jika bahasa Melayu dan sejarah tidak dijadikan keutamaan kepada warganegara, ia akan menghilangkan semangat jati diri dan patriotisme rakyat Malaysia.

Jangan kita bercakap tentang semangat sayangkan negara tetapi bahasa negara pun tidak tahu. Yang paling penting adalah bukan UEC itu tapi bagaimana kurikulum yang dibentuk.

Jika mahu laksanakan UEC, laksanakanlah tapi mengikut dasar pendidikan negara di mana mesti ada elemen bahasa Melayu dan Sejarah. Bagi saya, pelbagain sistem peperiksaan tidak ada masalah, tapi jangan ada double standard. #sumber


Demikianlah Artikel Ahli Parlimen Paya Besar Angkat Suara Anak Muda Ke Parlimen

Sekianlah artikel Ahli Parlimen Paya Besar Angkat Suara Anak Muda Ke Parlimen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahli Parlimen Paya Besar Angkat Suara Anak Muda Ke Parlimen dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/ahli-parlimen-paya-besar-angkat-suara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ahli Parlimen Paya Besar Angkat Suara Anak Muda Ke Parlimen"

Catat Ulasan

Loading...