Loading...
Judul : Tengku Abdullah Harap Kerajaan Negeri & Pusat Berkerjasama
link : Tengku Abdullah Harap Kerajaan Negeri & Pusat Berkerjasama
Tengku Abdullah Harap Kerajaan Negeri & Pusat Berkerjasama
KUANTAN - Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berharap kesinambungan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) diteruskan terutama projek-projek yang memberi impak terus kepada rakyat di negeri ini.
Baginda bertitah, kerajaan negeri digesa agar menyokong usaha Kerajaan Persekutuan dalam meningkatkan pembangunan ekonomi negara dan negeri dengan meneruskan kerjasama tanpa mengambil kira fahaman politik.
Tengku Abdullah bertitah, baginda menyambut baik kelulusan 300 projek bernilai RM2.2 bilion pada 2017 untuk Pahang justeru berharap ianya diteruskan melalui kerjasama kerajaan negeri dan Persekutuan.
“Saya juga berpuas hati dengan jumlah pelaburan di Pahang yang meningkat kepada RM24.3 bilion tahun lalu berbanding RM16.7 bilion pada tahun sebelumnya.
“Peningkatan itu dipacu melalui kerjasama antara Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan kerajaan negeri,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.
Tengku Abdullah bertitah, bagi merancakkan pelaburan, kerajaan negeri perlu membangunkan infrastruktur melalui perancangan lebih teliti dan berterusan.
“Pelabuhan Kuantan misalnya berpotensi menjadi pelabuhan utama di Wilayah Pantai Timur sebagai gerbang utama ke Asia Pasifik di samping Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang membantu meningkatkan rangkaian perhubungan kawasan ekonomi dan perindustrian dari Kuantan hingga ke Tumpat, Kelantan dan Pelabuhan Klang di Pantai Barat.
“Justeru saya mengalu-alukan keputusan kerajaan Persekutuan untuk mengkaji semula kos pembinaan projek itu kerana melaluinya, lebih banyak kawasan pertumbuhan ekonomi bakal diwujudkan,” titahnya.
Tengku Abdullah bertitah, kerajaan negeri juga perlu lebih proaktif dalam menggalakkan pelaburan swasta terutama dalam sektor pembuatan melalui Taman Teknologi Pahang yang berpotensi sebagai hub industri makanan halal, bioteknologi, teknologi maklumat, komunikasi dan agroteknologi.
“Peningkatan pelaburan dalam projek berimpak tinggi bukan sahaja membantu meningkatkan hasil negeri malah berupaya mewujudkan peluang-peluang pekerjaan.
“Penerokaan sumber hasil baharu juga membantu mengurangkan kebergantungan kepada hasil semula jadi seperti seperti perhutanan, tanah dan galian,” titah baginda.
Baginda bertitah, biarpun tanah, galian dan perhutanan terus menjadi penyumbang ekonomi terbesar kepada negeri, sumber ekonomi baharu perlu diusahakan. #sumber
Demikianlah Artikel Tengku Abdullah Harap Kerajaan Negeri & Pusat Berkerjasama
Sekianlah artikel Tengku Abdullah Harap Kerajaan Negeri & Pusat Berkerjasama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tengku Abdullah Harap Kerajaan Negeri & Pusat Berkerjasama dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/tengku-abdullah-harap-kerajaan-negeri.html
0 Response to "Tengku Abdullah Harap Kerajaan Negeri & Pusat Berkerjasama"
Catat Ulasan