Loading...
Judul : Dewan Pemuda PAS Kota Raja Persoal Seruan Pilih Calon BN !
link : Dewan Pemuda PAS Kota Raja Persoal Seruan Pilih Calon BN !
Dewan Pemuda PAS Kota Raja Persoal Seruan Pilih Calon BN !
Timbalan Ketuanya, Mohd Najib Arshad berkata intipati ucapan secara terbuka dibuat oleh beberapa pimpinan parti di peringkat Selangor dan Pusat pada program Bangkit itu, dilihat tidak selari dengan kenyataan rasmi Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan, berkaitan PRK berkenaan pada 22 Julai lepas.
Beliau berkata pihaknya juga merasakan seruan tersebut menyalahi semangat Perlembagaan Pas, Fasal 82 (g) yang mana, semua anggota Pas tidak terkecuali pimpinan dapat mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan parti.
"DPPKR berpandangan keputusan (seruan) tersebut adalah bersifat dasar sekali gus ia telah membelakangkan kuasa Majlis Syura dan kuasa Muktamar yang mana cadangan tersebut perlu dibahaskan dan mendapat persetujuan muktamar terlebih dahulu, bukan terus diberikan arahan seperti malam tersebut.
"DPPKR turut merasakan tindakan ini akan mematikan peranan Gagasan Sejahtera yang menjadi terma bagi Pas dalam langkah Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu," katanya dalam satu kenyataan.
Takiyuddin dalam satu kenyataan sebelum ini pula menasihati anggota Pas yang akan memilih pada PRK itu supaya mengundi demi kepentingan Islam, Melayu serta masa depan negara dan meminta mereka membuat pertimbangan itu dengan mengambil kira sikap Pas terhadap kerajaan Pakatan Harapan.
Menurut Mohd Najib, pihaknya sama sekali tidak bersetuju bahawa PRK DUN Sungai Kandis menjadi platform untuk 'menghalalkan' penyatuan Pas dan UMNO BN, sedangkan hal-hal sedemikian sepatutnya dibincang dan diputuskan di dalam muktamar Pas Pusat.
Sehubungan itu, beliau berkata DPPKR telah menghantar surat rasmi kepada Setiausaha Agung parti bagi memohon penjelasan selain menyerahkan kepada kebijaksanaan Pas Pusat untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada pimpinan yang terlibat.
"DPPKR menolak dan membantah tindakan sebilangan pimpinan yang sering membuat kenyataan terbuka bersifat peribadi sehingga menimbulkan kecelaruan di kalangan ahli.
"DPPKR sama sekali tidak bermaksud menolak keputusan kepimpinan Pas Pusat jauh sekali untuk menyanggah seruan atau arahan pimpinan pusat dengan tidak meletakkan calon Pas dalam PRK di Sungai Kandis," katanya.
Pada PRK itu, Lokman Noor bakal ditentang calon PKR yang juga pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh Jalan Kebun, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan calon Bebas, pesara kerajaan K. Murthy.
PRK DUN Sungai Kandis merupakan PRK pertama diadakan selepas PRU14 berikutan kematian penyandang kerusi tersebut, Mat Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai lepas akibat kanser limfoma.
Pada PRU 14, Shuhaimi mempertahankan kerusi DUN itu untuk penggal ketiga, selepas memperoleh 23,998 undi menewaskan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon Pas, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76). #sumber
Demikianlah Artikel Dewan Pemuda PAS Kota Raja Persoal Seruan Pilih Calon BN !
Sekianlah artikel Dewan Pemuda PAS Kota Raja Persoal Seruan Pilih Calon BN ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dewan Pemuda PAS Kota Raja Persoal Seruan Pilih Calon BN ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/dewan-pemuda-pas-kota-raja-persoal.html
0 Response to "Dewan Pemuda PAS Kota Raja Persoal Seruan Pilih Calon BN !"
Catat Ulasan