Loading...
Judul : Hutang 1MDB: KJ, Ka Siong 'Terduduk' Jawapan Lim Guan Eng
link : Hutang 1MDB: KJ, Ka Siong 'Terduduk' Jawapan Lim Guan Eng
Hutang 1MDB: KJ, Ka Siong 'Terduduk' Jawapan Lim Guan Eng
Ia bermula apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengajukan soalan kepada Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.
"Satu Malaysia tidak tahu bahawa Kerjaan Malaysia telah mulai membayar RM7 bilion sehingga hari ini bagi pihak 1MDB.
"Adakah menteri-menteri Kabinet yang dahulu ini tahu tak? Ayer Hitam tahu tak? Rembau tahu tak? Ketua pembangkang tahu tak?"
Bagaimanapun, soalan panas itu menyebabkan Ka Siong, yang merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, serta Khairy, bekas Menteri Belia dan Sukan, kembali duduk setelah berniat untuk mencelah penggulungan Guan Eng.
Sejurus selepas itu, Ka Siong bangkit semula dengan menyatakan beliau hanya akan menjawab desakkan Guan Eng berdasarkan fakta.
"YB (Guan Eng) tak adil, saya tahu apa yang benar sahaja, apa yang tak benar saya tak tahu," kata Ka Siong.
Guan Eng kemudian meminta Ka Siong duduk sambil memuji Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi apabila mendakwa bekas timbalan perdana menteri itu mengakui tahu kerajaan terdahulu membayar RM7 bilion kepada 1MDB.
"Kalau tak boleh jawab sila duduk, jadilah 'gentleman' macam Bagan Datuk, beliau tahu," katanya.
Guan Eng membangkitkan perkara itu ketika memberi penjelasan di Dewan Rakyat susulan hutang negara melambung tinggi hingga mencecah RM1 trilion. #sumber
Demikianlah Artikel Hutang 1MDB: KJ, Ka Siong 'Terduduk' Jawapan Lim Guan Eng
Sekianlah artikel Hutang 1MDB: KJ, Ka Siong 'Terduduk' Jawapan Lim Guan Eng kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hutang 1MDB: KJ, Ka Siong 'Terduduk' Jawapan Lim Guan Eng dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/hutang-1mdb-kj-ka-siong-terduduk.html
0 Response to "Hutang 1MDB: KJ, Ka Siong 'Terduduk' Jawapan Lim Guan Eng"
Catat Ulasan