Loading...

Dollah Salleh: Skuad Tok Gajah Tak Akan Menoleh Kebelakang !

Loading...
Dollah Salleh: Skuad Tok Gajah Tak Akan Menoleh Kebelakang ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dollah Salleh: Skuad Tok Gajah Tak Akan Menoleh Kebelakang !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dollah Salleh: Skuad Tok Gajah Tak Akan Menoleh Kebelakang !
link : Dollah Salleh: Skuad Tok Gajah Tak Akan Menoleh Kebelakang !

Baca juga


Dollah Salleh: Skuad Tok Gajah Tak Akan Menoleh Kebelakang !


KUANTAN: Selepas berjaya melepasi halangan dua gergasi bola sepak negara Johor Darul Ta’azim (JDT) dan Kedah, skuad bola sepak Pahang tidak mahu menoleh ke belakang lagi.

Malah, wakil dari Pantai Timur itu tidak mahu mendabik dada selagi tidak berjaya membawa pulang piala berprestij, Piala FA ke Pahang.

Sebaliknya, apa saja pasukan yang bakal ditentang, tetap dipandang tinggi apatah lagi pasukan Selangor yang disifatkan sangat berpengalaman pada aksi final Piala FA Malaysia 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Apa yang pasti, Ketua Jurulatih Skuad Tok Gajah,  Dollah Salleh mahu anak buahnya lebih berwaspada agar episod ‘kad merah’ pada final tahun lepas agar tidak berulang, sekali gus menjejaskan peluang mereka untuk muncul juara.

“Tidak kira apa cara sekalipun kita kena beraksi dengan baik. Kita tidak mahu perkara tahun lepas berulang di mana dalam lima ke 10 minit pertama dah kena kad merah dan bermain 10 orang, yang bukan   senang,” katanya.

“Saya selalu tekankan kepada pemain, kita dah berjaya kalahkan Kedah dan JDT, takkan kita hendak lepaskan peluang ini.

“Ia satu kerugianlah kalau kita terlepas lagi peluang ini. Apa yang pasti, malam esok adalah kita janjikan sesuatu yang berbeza...keseluruhannya berbeza,” katanya pada sidang media praperlawanan akhir Piala FA 2018 di sini hari ini

Dalam pada itu, Dollah yang pernah memimpin Selangor (2005-2008) mahu anak buahnya mengunci gerakan daripada pemain import dari Sepanyol Rufino Segovia dan pemain senior Mohd Amri Yahyah.

“Dalam Piala FA Rufino adalah mesin gol dalam Selangor. Saya tidak meletakkan sesiapa untuk menyekat Rufino tapi kita kena rapat dan pastikan tidak berikan peluang untuk dia menjaringkan gol.

Selain Rufino, Amri juga perlu kita awasi sebab dia antara pemain yang boleh buat macam-macam dan tidak diduga. Walaupun dia agak berumur tapi dia kena dikawal rapi,” katanya.

Sementara itu, Kapten Pasukan Pahang Matthew Davis yakin skuadnya mempunyai barisan pertahanan yang kukuh untuk menyekat serangan pemain Selangor khususnya Rufino.

“Kami mempunyai pemain pertahanan yang baik seperti Muslim (Ahmad), Bunyamin (Umar) yang akan mengawasi dia dan yang lain juga.

Dengan Pahang bermain selaku wakil Pantai Timur, sebahagian daripada Pantai timur, diharap stadium akan penuh dengan suasana yang baik malam esok tidak kira dari mana peminat yang datang dari Selangor atau Pahang,” katanya.

Pahang pernah muncul juara Piala FA pada 2006 dan 2014 dan naib juara pada 2017 selepas tewas kepada Kedah 2-3. #sumber


Demikianlah Artikel Dollah Salleh: Skuad Tok Gajah Tak Akan Menoleh Kebelakang !

Sekianlah artikel Dollah Salleh: Skuad Tok Gajah Tak Akan Menoleh Kebelakang ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dollah Salleh: Skuad Tok Gajah Tak Akan Menoleh Kebelakang ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/dollah-salleh-skuad-tok-gajah-tak-akan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dollah Salleh: Skuad Tok Gajah Tak Akan Menoleh Kebelakang !"

Catat Ulasan

Loading...