Loading...

Najib Mahu Singkirkan Thomas Ketuai Pasukan Pendakwaan

Loading...
Najib Mahu Singkirkan Thomas Ketuai Pasukan Pendakwaan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib Mahu Singkirkan Thomas Ketuai Pasukan Pendakwaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib Mahu Singkirkan Thomas Ketuai Pasukan Pendakwaan
link : Najib Mahu Singkirkan Thomas Ketuai Pasukan Pendakwaan

Baca juga


Najib Mahu Singkirkan Thomas Ketuai Pasukan Pendakwaan


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat permohonan rasmi kepada Mahkamah Tinggi untuk menyingkirkan Peguam Negara Tommy Thomas daripada mengetuai pasukan pendakwaan membabitkan kesnya.

Memetik laporan The Star, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pihaknya akan mengemukakan permohonan itu dalam tempoh dua minggu lagi.

“Kami perlu mengkaji kes terlebih dahulu dan mengumpul semua bahan yang diperlukan.

“Kami akan menyusun semua kenyataan yang dikeluarkannya mengenai klien saya selepas pendakwaan kes,” katanya, semalam.

Menurutnya, pasukan peguam bela memerlukan masa untuk mencari semua bahan yang diperlukan dan memfailkan permohonan itu sebaik sahaja dokumen lengkap.

Rabu lalu, Najib didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah keseluruhan RM42 juta.

Bagaimanapun beliau tidak mengaku bersalah atas semua pertuduhan tersebut.

Sementara itu, mengulas mengenai isu pembatalan tersebut, Thomas berkata, beliau mahu menunggu permohonan tersebut difailkan pihak lawan dan tidak memberikan komen lanjut.

Sebelum itu, Thomas mendakwa pihak pendakwaan mempunyai kes kuat terhadap Najib berhubung penglibatannya dalam SRC International.

“Kami membuat kesimpulan bahawa kami mempunyai kes prima facie yang kuat tetapi memakai prinsip bahawa tertuduh tidak bersalah sehingga terbukti bersalah,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Najib Mahu Singkirkan Thomas Ketuai Pasukan Pendakwaan

Sekianlah artikel Najib Mahu Singkirkan Thomas Ketuai Pasukan Pendakwaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib Mahu Singkirkan Thomas Ketuai Pasukan Pendakwaan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/najib-mahu-singkirkan-thomas-ketuai.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Najib Mahu Singkirkan Thomas Ketuai Pasukan Pendakwaan"

Catat Ulasan

Loading...