Loading...

Dr Afif Cadang Anwar Anwar Bertanding Jawatan Presiden PKR

Loading...
Dr Afif Cadang Anwar Anwar Bertanding Jawatan Presiden PKR - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr Afif Cadang Anwar Anwar Bertanding Jawatan Presiden PKR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr Afif Cadang Anwar Anwar Bertanding Jawatan Presiden PKR
link : Dr Afif Cadang Anwar Anwar Bertanding Jawatan Presiden PKR

Baca juga


Dr Afif Cadang Anwar Anwar Bertanding Jawatan Presiden PKR


GEORGETOWN: Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Dr Afif Bahardin, mencadangkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti kali ini.

Katanya, beliau percayai semua anggota PKR akan memberi sokongan penuh kepada Anwar jika bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bertanding sebagai presiden parti.

"Saya rasa yang terbaik bertanding sebagai presiden PKR pada pemilihan yang dijadual berlangsung pada Ogos dan September ini ialah Datuk Seri Anwar kerana ini masanya untuk beliau kembali aktif dalam parti dan politik serta menjadi presiden dan seterusnya perdana menteri ke-8," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada masa ini PKR diterajui oleh Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri Anwar.

Selepas pembebasan pertama Anwar daripada penjara, Kongres PKR pada 2007 bersetuju melantik beliau sebagai ketua umum namun terikat larangan aktif dalam politik selama lima tahun kerana dipenjarakan selepas disabitkan kesalahan.

Bagaimanapun untuk pemenjaraan kali kedua, beliau mendapat pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agung yang membolehkannya aktif berpolitik serta-merta.

Sementara itu, Dr Afif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembangunan Luar Bandar Pulau Pinang berkata pemilihan parti kali ini juga sangat penting bagi PKR untuk meletakkan kedudukannya sebagai sebuah parti yang memerintah iaitu parti kerajaan.

Katanya, pemimpin PKR juga perlu pastikan dan sediakan parti itu untuk ke depan terutamanya dalam mengharungi suasana politik negara ketika ini.

"Saya belum ambil apa-apa keputusan lagi untuk bertanding mana-mana jawatan dan tarikh akhir untuk penamaan calon (bagi bertanding) ialah 29 Julai ini...cuma saya lihat pemilihan kali ini adalah penting untuk PKR meletakkan parti itu sebagai sebuah parti yang ke depan," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Dr Afif Cadang Anwar Anwar Bertanding Jawatan Presiden PKR

Sekianlah artikel Dr Afif Cadang Anwar Anwar Bertanding Jawatan Presiden PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dr Afif Cadang Anwar Anwar Bertanding Jawatan Presiden PKR dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/dr-afif-cadang-anwar-anwar-bertanding.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dr Afif Cadang Anwar Anwar Bertanding Jawatan Presiden PKR"

Catat Ulasan

Loading...