Loading...

Mohd Shahar Tekad Untuk Memperkasakan Pemuda UMNO !

Loading...
Mohd Shahar Tekad Untuk Memperkasakan Pemuda UMNO ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mohd Shahar Tekad Untuk Memperkasakan Pemuda UMNO !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mohd Shahar Tekad Untuk Memperkasakan Pemuda UMNO !
link : Mohd Shahar Tekad Untuk Memperkasakan Pemuda UMNO !

Baca juga


Mohd Shahar Tekad Untuk Memperkasakan Pemuda UMNO !


KUANTAN: Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah yang dilantik sebagai Ketua Penerangan Pemuda UMNO akan berusaha memperkasakan sayap itu menjadi tulang belakang parti.

Mohd Shahar yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Paya Besar, berkata beliau berterima kasih kepada kepemimpinan parti khususnya Ketua Pemuda, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki atas kepercayaan itu.

"Meskipun dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO baru-baru ini tidak memihak kepada saya, tidak pernah saya menyimpan walau sekelumit perasaan amarah atau kecewa terhadap parti kerana sesungguhnya sifat kekeluargaan yang menebal dalam UMNO melebihi segala kedudukan dan jawatan dipertandingkan.

"Pelantikan ini juga bagi saya adalah satu manifestasi yang memberi mesej bahawa UMNO sedang melakukan pembaharuan di peringkat dalaman demi merealisasikan kehendak rakyat yang ingin parti ini berubah dengan arah tuju lebih dinamik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berjanji akan menggalas amanah itu dengan sebaik mungkin bagi membantu Asyraf Wajdi serta kepemimpinan yang lain bagi memperkasakan pergerakan itu untuk menjadi tulang belakang utama parti.

Mohd Shahar tewas kepada Asyraf Wajdi dalam pertandingan mengisi jawatan Ketua Pemuda pada pemilihan barisan kepemimpinan tiga sayap, 23 Jun lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Mohd Shahar yang kali pertama bertanding berjaya memenangi kerusi Parlimen Paya Besar dengan majoriti 5,742 undi.

Beliau mendapat 19,033 undi menewaskan calon PKR, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir yang mendapat 11,776 undi dan calon PAS, Mohd Azhar Mohamad Nor, 13,291 undi. #sumber


Demikianlah Artikel Mohd Shahar Tekad Untuk Memperkasakan Pemuda UMNO !

Sekianlah artikel Mohd Shahar Tekad Untuk Memperkasakan Pemuda UMNO ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mohd Shahar Tekad Untuk Memperkasakan Pemuda UMNO ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/mohd-shahar-tekad-untuk-memperkasakan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mohd Shahar Tekad Untuk Memperkasakan Pemuda UMNO !"

Catat Ulasan

Loading...