Loading...

PM: Senator Akan Isi Jawatan Timbalan Menteri Pertahanan !

Loading...
PM: Senator Akan Isi Jawatan Timbalan Menteri Pertahanan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PM: Senator Akan Isi Jawatan Timbalan Menteri Pertahanan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PM: Senator Akan Isi Jawatan Timbalan Menteri Pertahanan !
link : PM: Senator Akan Isi Jawatan Timbalan Menteri Pertahanan !

Baca juga


PM: Senator Akan Isi Jawatan Timbalan Menteri Pertahanan !


PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan jawatan Timbalan Menteri Pertahanan akan diisi oleh Senator.

Perdana Menteri berkata, ketiadaan jawatan itu buat masa ini tidak memberi sebarang masalah kepada Kabinet.

"Jawatan (Timbalan Menteri Pertahanan) itu ada, tetapi tidak dapat dilantik waktu itu kerana beliau bukan terdiri daripada wakil rakyat, beliau akan terdiri daripada bukan wakil rakyat.

"Untuk ini kita kena lantik beliau sebagai Senator dulu, ini tidak memberi masalah kepada Kabinet kerana jika seseorang menteri tidak dapat hadir (mesyuarat Kabinet), beliau boleh meminta seorang ahli Kabinet lain untuk mewakilinya.

"Beliau tidak boleh minta seorang timbalan menteri (hadir mesyuarat Kabinet). Yang menjadi masalah apabila kita ada Persidangan Dewan (Rakyat) dan pada masa itu timbalan menteri berkenaan akan menjawab bagi pihak menteri," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Dr Mahathir bagaimanapun tidak mendedahkan siapa yang bakal dilantik mengisi jawatan terbabit.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata beliau masih belum membuat keputusan mengenai siapa tiga individu yang akan dilantik sebagai Senator.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri berhubung pelantikan jawatan timbalannya. #sumber


Demikianlah Artikel PM: Senator Akan Isi Jawatan Timbalan Menteri Pertahanan !

Sekianlah artikel PM: Senator Akan Isi Jawatan Timbalan Menteri Pertahanan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PM: Senator Akan Isi Jawatan Timbalan Menteri Pertahanan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/pm-senator-akan-isi-jawatan-timbalan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PM: Senator Akan Isi Jawatan Timbalan Menteri Pertahanan !"

Catat Ulasan

Loading...